Posts

Showing posts from January, 2011

3 years ago...version bbm

dah 3 bulan aku putus cinta ngan awek aku....x yah ckp salah sape...mmg aku ngaku salah aku...tiba2 putuskan die..tp nk wat camner...tp aku bkn nk cte bab kisah sebelum 3 tahun tp within 3 years... outing.. masa ni aku nk anto mmbr aku blk johor...sblm blk kitorg lpk2 dlu kt area city plaza alor star...masa me n mbr2 nk lintas jln tgk ader sekelompok minah2 ntah dr mn, pon sm2 nk lintas jln tp tkt2...hah! bl takut lg r kami suke dok nganjin...dorg siap jeling beb...tb2 aku terpandang sorg minah yg leh thn lah muke die. yg aku heran dlm bnyk2 tu nape die yg aku pndg....dlm kepala hotak ms tu...muke die r...pe g pastu ktorg gelak2 r dok ngumpt pasal awek td...ak just ckp yg ak sedikit tergoda ngan bdk pompuna yang ak ushar tu pd mbr aku...tp thanx cikgu mat...die memahami sbb aku br putus cinta.... kedai cendol masa kuar dr city plaza...kitorg lalu dpn kedai cendol...pergh!!aweks td...pe lg singgah kejap r mkn cendol sambil2 cuci2 mata....duduk jew trus minah2 tu nk blah...eh! ber

terima kasih atas pemberian itu...

dalam gelodak amarah yang masih belum reda... aku sendiri pon tidak pasti apa yang harus aku lakukan supaya gelodak itu hilang dalam sanubari seorang perempuan yang kaya dengan sikap cemburu... andai kata itu salah aku, mohon seribu kemaafan... namun aku masih bersyukur kerana di kurnia kan seorang yang banyak memahami... saat dengar cerita kawan-kawan...masing2 dilanda masalah dengan kekasih... namun aku tidak begitu...mungkin aku seorang yang agak penyabar dan mungkin juga bijak mengawal hubungan... hari ini dapat hadiah istimewa dari si dia sempena hari jadiku...sedangkan aku memang tidak menjangka akan mendapat seutas jam tangan pemberiannya...maklumlah dia belum bekerja mungkin tiada duit untuk memberikan sesuatu yang sering ku berinya dulu... tiada apa yang boleh ku katakan selain daripada ucapan terima kasih atas pemberian itu...

MATA KUYU...

Image
baru lepas menonton wayang "khurafat" bersama beberapa teman...keletihan dari "out station" di penang masih belum habis,tamat sahaja tgk wayang terus lepak2minum di kedai mamak sambil bercerita panjang...mata semakin kuyu, lena tidak dapat tertahan namun gagahkan juga untuk menulis, sekarang aku berada dalam dunia mereka (pelajar) seronok lihat gelagat mereka...seperti aku dahulu....game, movie, lepak2 ramai2 jd perkara perlu...jam sudah pukul 4 pagi namun masih belum tidur...tgh2 tulis blog...dorg dtg rmai2 kt aku...terus kering idea dan2 aku bkak blog org lain....then malas nmk teruskan idea...dorg ajak tgk movie kt laptop dorg...chow...

SELAMAT HARI JADI KAWAN...

Image
petang yang agak muram di saat mata semakin berat menatap skrin kaca komputer, atas meja masih penuh kerja2 yang harus di habiskan...rasa itu tiba-tiba diganggu oleh bunyi ketukan pintu bilikku, kehadiran seorang pelajar yang dari jauh sudah menampakkan senyuman tanda ada sesuatu yang menggembirakan untuk di kongsi cerita kepada aku yang bergelar seorang kaunselor... aku bersalaman dengan hiasan ucapan "selamat hari jadi" kerana sudah ku tahu hari lahirnya seawal kelmarin, saat rakan-rakannya yang lain merancang sesuatu sebagai permainan "mengena" yang biasa dilakukan insan remaja...aku hanya ketawa mendengar cerita dan gelagat watak "pengena" dan "yang terkena"...mungkin itu yang tidak dapat dilupa... kadangkala ucapan manis itu datang dengan kesungguhan oleh orang lain yang cuba menghargai hubungan rakan...tambahan pula manusia yang bergelar LELAKI yang sering disimpan terma sebagai "tiada perasaan" oleh sebilangan perempuan, nam

DALAM JANGKA MASA 10 TAHUN

Image
1. PEKERJAAN SAYA -berapakah pendapatan tahunan yang saya impikan?? -tahap pengurusan apakah yang ingin saya capai?? -berapa banyak tanggungjawab yang sanggup saya pikul?? -kuasa autoriti tahap manakah yang saya mahu?? -peluang2 apakah yang saya tahu dalam kedudukan saya?? 2. KELUARGA SAYA -bagaimana gaya kehidupan yang saya mahukan bagi keluarga saya?? -bagaimanakah rumah yang perlu saya sediakan untuk keluarga saya?? -ke manakah kami akan bercuti?? -berapakah simpanan yang perlu saya laburkan untuk pendidikan anak-anak saya?? 3. KEHIDUPAN SAYA -di manakah tahap saya dalam pengamalan agama saya?? -bagimanakah kawan2 yang saya mahukan?? -apakah jawatan yang ingin saya pegang dalam masyarakat?? adakah kita bersedia menjawab soalan-soalan anda sendiri??

kongsi cerita...

jari jemari menyantun taipan setaip huruf didada keyboard. bebola mata keatas dan kebawah menatap skrin, terdengar bait2 suara pelajar2 KPTM sibuk mentelaah jadual mereka di papan kenyataan, fikiran menghasut mata untuk lelap meninggalkan kerja, aku tidak dapat berfikir tenang, seperti keletihan sudah sebati dalam jiwa, ada sahaja mata memerhati dan mahu mendapat petunjuk mengapa aku begitu.. perkataan serabai, tidak sihat, stress menjadi santapan mulut manusia yang terserempak dengan ku, persoalan itu mengganggu benakku... fail berselerakan atas meja mengajiku... detik jam menunjukkan 11 pagi... aku msih menanti kalau2 ader pelajar yg datang ke bilikku... hanya mereka yang dapat menghilangkan rasa gusar... mungkin ini dunia aku... terfikir saat aku mahu pergi dari dunia yg memberiku tekanan kerja... namun kadangkala ada mereka memberikan semangat untuk aku menghayati dunia mereka.. menarik! kerana dunia yang sukar untuk difahami manusia lain... aku juga seperti mer

tuntutan atau keperluan

sebagai manusia yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan yg sering membawa aku memilih jalan yang kadangkala bukan pilihan aku...namun entah kenapa kesedaran hadir saat semua itu berlalu...setiap orang sering menyebut tentang hati dan perasaan namun kadangkala tidak menyedari disebalik itu wujud satu komponen jiwa yg bernama nafsu...nafsu itu sering menuntut sesuatu yang kadangkala bukan asal keperluan...kerana itu aku percaya semua kita tidak pernah puas dalam melakukan sesuatu... adakah tuntutan itu menjadi suatu perkara yg wajib bagi kita melakukan atau mendapatkan sesuatu? adakah tuntutan itu adalah tuntutan dari perintah yang maha esa atau tuntutan nafsu semata-mata? yang mana tuntutan yg biasa aku, kita serta manusia yg lain sering dahulukan? tidakkah ia tuntutan nafsu? bagaimana tuntutan yg DIA perintahkan?? salah pilihan kita kerana kurangnya ilmu didada.... salah acuan kita kerana kita penyebab duka... salah tafsir kita kerana kita tolak DIA... sekarang mari ak

idea pasang surut...

Alhamdulillah baru balik daripda menghadiri majlis tahlil arwah ustaz din yang telah kembnali ke Rahmatullah. semoga rohnya berada bersama-sama orang yg beriman....AMIN.  mata masih berat untuk tidur....masih banyak lagi buku yang telah dibeli belum dibaca...diselak satu persatu setiap helaian tulisan dale Carnegie. aku sebenarnya mencari idea untuk menulis kerana menulis itu sebahagian daripada hidupku. ia seperti menjadi keghairahan untuk aku. setiap hari ada sahaja idea yang tak terpikul dek otak. tak tahu mana satu yang ptt didahulukan... idea tiba2 terhenti kerana otak menumpukan sepenuh perhatian kepada panggilan telefon dari seseorang, sedang tangan ligat menaip satu ayat ke satu ayat... mahu sahaja aku menulis apa yang berlaku untuk hari ini, tapi x tau bagaimana nak mula... mungkin esok ada idea yang boleh aku blog kan untuk perkongsian bersama...hari dah jauh malam...masa beradu di kamar.... selamat malam dunia...!!!