SELAMAT HARI JADI KAWAN...


petang yang agak muram di saat mata semakin berat menatap skrin kaca komputer, atas meja masih penuh kerja2 yang harus di habiskan...rasa itu tiba-tiba diganggu oleh bunyi ketukan pintu bilikku, kehadiran seorang pelajar yang dari jauh sudah menampakkan senyuman tanda ada sesuatu yang menggembirakan untuk di kongsi cerita kepada aku yang bergelar seorang kaunselor...

aku bersalaman dengan hiasan ucapan "selamat hari jadi" kerana sudah ku tahu hari lahirnya seawal kelmarin, saat rakan-rakannya yang lain merancang sesuatu sebagai permainan "mengena" yang biasa dilakukan insan remaja...aku hanya ketawa mendengar cerita dan gelagat watak "pengena" dan "yang terkena"...mungkin itu yang tidak dapat dilupa...

kadangkala ucapan manis itu datang dengan kesungguhan oleh orang lain yang cuba menghargai hubungan rakan...tambahan pula manusia yang bergelar LELAKI yang sering disimpan terma sebagai "tiada perasaan" oleh sebilangan perempuan, namun bila rakan cuba melakukan sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam hidup kita sebagai lelaki ia menjadi suatu kenangan yang cukup manis.
mungkin adakalanya sehingga kita tidak dapat menampung air mata tanda terlalu gembira dengan kejutan mereka.

aku terkenang seketika zaman itu...memang manis walaupun waktu itu kelu lidah berkata saat kita yang terkena...namun banyak manisnya...bila saat itu menjengah usia yang hanya tinggal kenangan ...ketika itu perkataan "kawan" sejati jadi pegangan untuk santapan ingatan...saat semua itu berakhir tiada lagi kemanisan menghabiskan waktu bersama mereka..."TERIMA KASIH KAWAN" ...mungkin ayat itu sesuai untuk mereka yang menghargai....

sebanyak mana ucapan hari jadi yang diberikan namun cara ucapan itu memberikan 1001 ingatan buat kawan..."SELAMAT HARI JADI KAWAN"

untuk pelajarku yang bernama ANGAH....

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...