Posts

Showing posts from December, 2011

LENGANG

Hari ini suasana agak sunyi dari yang biasa. ternyata ramai staf masih bercuti..aku bekerja seperti biasa. nasib baik ada teman2 yang lain. mata agak berat kerana malam kelmarin aku tidur lewat, ntah apa yang difikir, emosi itu membuatkan aku sedikit terkasar dengan tunangku. Sorry...hanya itu yang mampu aku taip pada skrin telefon bimbit untuk dihantar kepadanya. Aku terasa sukar untuk mendapatkan keyakinan dan kegembiraan. semakin peluang ada semakin terasa sukar untuk aku melangkah, Ya Allah ! kuatkan lah hati ini. bukakanlah jalan buatku... jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, banyak kerja yang harus aku bereskan. hal semalam masih sukar untuk hilang dlm ingatan sehingga terbawa ke dalam tidur.perihal duit yang tidak sudah2. Duit seperti air terjun yang mengalir deras. keperluan hanya keperluan dan membataskan kehendakku. aku menghitung hari depan. ntah apa akan jadi.

kerja ohh kerja!! (episod 3)

Hari jumaat berakhir. Alhamdulillah laporan yang harus aku sediakan untuk bos telah pun aku selesaikan. meja segera dikemas untuk aku pulang dengan kepala yang ringan. semoga dapat aku menikmati hujung minggu setelah sekian lama aku menghabiskan hujung minggu dengan bekerja. terfikir banyak perkara yang aku mahu lakukan..basuh kereta, melayani binatang peliharaan itam dan utih, berjalan dan macam-macam lagi. tett!!tett!! bunyi mesej masuk pada telefon bimbitku, tertera mesej dari tunangku pada skrin, " jgn lupe ahad ni janji U, I dah beli tiket untuk 2 orang, I tak sabar nak tengok Ombak Rindu ni" huh! cerita jiwang. dadaku mula berombak. apatah lagi apabila mengetahui aku terpaksa mengikutnya menonton Ombak Rindu, walaupun aku tahu cerita tu mendapat kutipan Box Office tapi ianya tidak bermakna boleh menarik aku mencintai kisah-kisah romantik.tapi kerana cinta aku gagahkan jua( wah! tiba-tiba aku jadi seperti Aaron aziz dalam ombak rindu.) " kring!!kring!!, "

kerja ohh!! kerja (makan pagi) episod 2

kringgggggg!!!!bunyi jam tepat pukul 6 pagi mengejutkan aku, baru sahaja enak menikmati mimpi,huh! mahu sahaja aku menyambung tidur namun dikejutkan lagi dengan suara mak menyuruh aku menunaikan solat subuh, kain tuala dicapai lalu aku terus menuju ke Bilik air. Alhamdulillah selesai sudah solat subuh, aku termenung seketika diatas tikar sejadah mengingatkan kembali mimpi tidurku, tersenyum aku dibuatnya, mimpi berada di tempat asing, aku sebagai orang lain, yang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana namun belajar dikawasan yang serupa penjara. Seram dibuatnya. jendela berubah warna cerah menandakan gelap subuh semakin berakhir, aku bersiap untuk ke tempat kerja. Enjin kereta di hidupkan, aku meletakkan beg di tempat duduk belakang, kereta mula bergerak perlahan, terasa pagi begitu sunyi melalui jalan kampung Manjoi, aku mencapai tumb drive yang mengandungi lagu yang telah ku himpunkan buat bekalan kebosanan ketika dalam perjalanan. kolej masih lengang, pelajar masih

kerja ohh!! kerja (part 1)

Image
K edengaran lagi bunyi itu, bunyi yang memberi rasa kurang enak pada deria pendengaranku, hilang rasa semangat yang ku niatkan seawal pagi sesudah subuh tadi. jauh disudut hati pilu menahan rasa geram. letihku tidak berbalas, penat lelah menanggung resah jawapan penantian yang membuahkan duka. "tidak kasihankah kepada kami bekerja siang dan malam untuk memajukan kamu, namun kamu juga mempergunakan kami atas kepentingan diri kamu sendiri!!! suara kasar muncul didalam hati, kepada siapa dapatku ku lepaskan rasa geram ini. hati sudah tidak dapat bertahan lagi hanya mengharapkan kesabaran, "sampai bila aku harus begini" suara itu muncul lagi, masa depan yang belum pasti. "bagaimana aku mahu berumahtangga? kerja tidak menentu. sibuknya pula mengalahkan YB, gaji tidak seberapa, " rasa kesal mendengus didalam hati.  Tok!tok!tok! bunyi ketukan pintu,  masuk! aku segera menekan butang minimize penulisan blogku, ternyata Zaid rakan baikku sudah tercegat di hadapan pin