kerja ohh kerja!! (episod 3)
Hari jumaat berakhir. Alhamdulillah laporan yang harus aku sediakan untuk bos telah pun aku selesaikan. meja segera dikemas untuk aku pulang dengan kepala yang ringan. semoga dapat aku menikmati hujung minggu setelah sekian lama aku menghabiskan hujung minggu dengan bekerja.
terfikir banyak perkara yang aku mahu lakukan..basuh kereta, melayani binatang peliharaan itam dan utih, berjalan dan macam-macam lagi.
tett!!tett!! bunyi mesej masuk pada telefon bimbitku, tertera mesej dari tunangku pada skrin, " jgn lupe ahad ni janji U, I dah beli tiket untuk 2 orang, I tak sabar nak tengok Ombak Rindu ni"
huh! cerita jiwang. dadaku mula berombak. apatah lagi apabila mengetahui aku terpaksa mengikutnya menonton Ombak Rindu, walaupun aku tahu cerita tu mendapat kutipan Box Office tapi ianya tidak bermakna boleh menarik aku mencintai kisah-kisah romantik.tapi kerana cinta aku gagahkan jua( wah! tiba-tiba aku jadi seperti Aaron aziz dalam ombak rindu.)
" kring!!kring!!, "siapa pulak yang mengganggu tidur sabtu ku ini" huh! "Assalamualaikum! Am aku nak mintak tolong ko..kalo rini ko tak buat pape boleh tak tolong keje aku..nanti aku bagi per sen.." aku tergamam kerana kurang jelas. " nak tolong ape?" aku mendapatkan kepastian. " pasang langsir macam biasa, kalo boleh dalam pukul 11 nanti datang rumah aku yer". fendi yang mempunyai perniagaan sendiri biasanya akan membuka kedai hiasan dalamannya sehingga hari sabtu, aku juga telah menawarkan diriku untuk membantunya pada hari sabtu sahaja,jadi jika ada tempahan untuk hari sabtu aku akan membantunya.
aku terus menarik tuala dan bergerak ke bilik air tatkala ada kerja yang hendak dilakukan. semua itu adalah bagi menambah pendapatan sampingan. kalau tengah bulan duit memang kering jadi kalau ada rezeki sebegini aku tidak akan tolak. rumah aku tidak berapa jauh dengan rumah fendi oleh itu biasanya aku akan ke sana menaiki motosikal, Yamaha 125z ku meluncur laju, aku mengejar masa kerana tidak mahu terlewat.
setelah tamat bekerja biasanya akan ada aktiviti malam namun pada hari itu aku menolak ajakan fendi yang mahu mengajak aku untuk karaoke, keletihan masih lagi terasa, namun penolakan ku diterima baik oleh fendi. Fendi seorang yang memahami.sampai dirumah aku merebahkan badan di dada katil, ternyata badan kurusku tidak bermaya.

Comments
Post a Comment