kerja ohh!! kerja (part 1)


Kedengaran lagi bunyi itu, bunyi yang memberi rasa kurang enak pada deria pendengaranku, hilang rasa semangat yang ku niatkan seawal pagi sesudah subuh tadi. jauh disudut hati pilu menahan rasa geram. letihku tidak berbalas, penat lelah menanggung resah jawapan penantian yang membuahkan duka. "tidak kasihankah kepada kami bekerja siang dan malam untuk memajukan kamu, namun kamu juga mempergunakan kami atas kepentingan diri kamu sendiri!!! suara kasar muncul didalam hati, kepada siapa dapatku ku lepaskan rasa geram ini. hati sudah tidak dapat bertahan lagi hanya mengharapkan kesabaran, "sampai bila aku harus begini" suara itu muncul lagi, masa depan yang belum pasti. "bagaimana aku mahu berumahtangga? kerja tidak menentu. sibuknya pula mengalahkan YB, gaji tidak seberapa, " rasa kesal mendengus didalam hati. 

Tok!tok!tok! bunyi ketukan pintu, 
masuk! aku segera menekan butang minimize penulisan blogku, ternyata Zaid rakan baikku sudah tercegat di hadapan pintu. " sibuk nampak?" ahh! sapaan berbaur sindiran yang dilemparkan namun aku hanya mengangguk, ternyata kata-katanya seolah memahami kerjaku. Zaid tempat aku meluahkan segala rasa kurang enak dengan kerjaku. namun dia mudah memahami membuatkan kami semakin rapat. jika ada masa terluang kami akan menghabiskan masa bersama. Walaupun kami bekerja dalam satu bumbung, jawatan kami berbeza begitu juga dengan kerja. Zaid selaku pensyarah bahasa Inggeris sedangkan aku Eksekutif yang melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Kelihatan pagi ini mendung, matahari seakan hilang cahayanya, aku menyiapkan laporan-laporan yang masih belum diusik. ternyata kerjaku bergalas-galas, ruang pejabatku yang kutinggalkan selama lebih kurang satu minggu memberi impak kepada bebanan kerjaku, namun ketiadaanku selama seminggu itu juga adalah atas dasar kerja, seakan bosan mengusai diri. namun kuteruskan juga sebelum Mem Besar menanyakan tentang kerja yang harus disiapkan sebelum Beliau menghadiri mesyurat senat di KL , teringat kata-katanya di dalam talian telefon kelmarin " Rahmat awak banyak kerja yang harus dibuat, bla..bla...bla...bla...pastikan awak siapkannya sebelum saya berangkat ke Kuala Lumpur minggu hadapan ok!" panggilan yang merosakkan cuti hujung mingguku, aku hanya mengiyakan arahannya. Mood ku hilang serta merta, panggilan yang hanya beberapa minit itu memberi satu tekanan buatku menghadapi hari isnin. 3 minggu aku bekerja tanpa cuti hujung minggu. kalau hendak cerita tentang letih, hanya Tuhan sahaja yang tahu, ianya harusku tolak jauh-jauh kerana aku sahaja yang memahami keletihanku. 

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...