kerja ohh!! kerja (makan pagi) episod 2

kringgggggg!!!!bunyi jam tepat pukul 6 pagi mengejutkan aku, baru sahaja enak menikmati mimpi,huh! mahu sahaja aku menyambung tidur namun dikejutkan lagi dengan suara mak menyuruh aku menunaikan solat subuh, kain tuala dicapai lalu aku terus menuju ke Bilik air.

Alhamdulillah selesai sudah solat subuh, aku termenung seketika diatas tikar sejadah mengingatkan kembali mimpi tidurku, tersenyum aku dibuatnya, mimpi berada di tempat asing, aku sebagai orang lain, yang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana namun belajar dikawasan yang serupa penjara. Seram dibuatnya.
jendela berubah warna cerah menandakan gelap subuh semakin berakhir, aku bersiap untuk ke tempat kerja.

Enjin kereta di hidupkan, aku meletakkan beg di tempat duduk belakang, kereta mula bergerak perlahan, terasa pagi begitu sunyi melalui jalan kampung Manjoi, aku mencapai tumb drive yang mengandungi lagu yang telah ku himpunkan buat bekalan kebosanan ketika dalam perjalanan.

kolej masih lengang, pelajar masih bercuti menjadikan kolej agak sunyi, aku mematikan enjin kereta dan terus meluru ke pejabat untuk Tumb print , jika lambat catatan waktu akan bertukar merah terpaksa lah menjawab dengan bos nanti.

perut terasa kosong, sarapan pagi belum ku jamah, aku terus ke bilik kerjaku, jam masih awal, aku terus on kan PC untuk melihat email yang dihantar, ternyata kerjaku masih lagi bergalas untuk disiapkan dalam minggu ini. Ring!!!ring!!!telefon bilikku berbunyi. " Am! macam bese aku tunggu kat bawah ni ngan afik dan zali, cepat ckit" suara Zaid dari dalam telefon mengajak aku sarapan diluar, belum sempat aku berkata apa-apa ganggang telefon diletakkan. aku tersenyum, aku letakkan kunci kereta diatas meja menandakan tidak mahu keretaku  menjadi korban membawa mereka bersarapan al maklumlah tengah bulan ni aku kene berjimat, apatah lagi minyak yang mahal sekarang ni. 

Dari sudut pintu pejabat wajah Zaid, Zali dan Afiq tersenyum, aku tahu mereka pasti akan menyebut tentang keretaku, "hai Am! mana kita nak makan hari ni?" aku dikejutkan dengan suara Azam, seorang penolong pegawai bahagian IT yang tiba-tiba muncul dari belakangku, " kita naik kereta kau la Am?"Afiq menambah, sudah ku baca niat mereka, " aku tertinggal kunci kat atas meja, nak naik ambil kat atas malas pulak" aku beralasan, "tak pe naik kereta aku je la" zaid menawarkan keretanya. kebiasaannya kereta aku dan Zaid akan menjadi mangsa biasalah kami berdua ni bujang kadangkala terpaksa membiarkan diri dibuli oleh golongan yang sudah berkahwin.

seperti biasa jika kami lepak bersarapan diluar sudah tentu tidak kering gusi dengan telatah dan cerita lawak kejap-kejap diselitkan pulak dengan kerenah dipejabat, aku faham masing-masing ada komitmen kerja, namun ia bukan alasan untuk kami bertindak serius sepanjang masa, Azam dan Zali memang pandai berceloteh, ada sahaja idea mereka menjadikan aku lupa seketika beban kerja. sudah hampir 30 minit berlalu, teringat pulak kerja yang kutinggalkan...

seperti biasa apabila tepat pukul 10, suasana pejabat mula sunyi, mungkin masing-masing sedang sibuk menghadap komputer, ada yang menyiapkan kerja, ada juga yang melayari internet. aku kesejukan keseorangan didalam bilik menatap skrin kaca yang menjadi peneman sejak mula aku bekerja disini. huh! aku mendengus " dah menggeletar tangan, nape la sejuk sangat bilik ni, nak buat kerja pun susah" aku mengomel didalam hati.

Comments

  1. watak aku takde pun dlm ini cerita.. baru ku sedar diriku siapa amat.. huk huk huk.. sudah lah..

    ReplyDelete
  2. eh..nape nk ader watak ko plk...watak org laen pon x de...ni kan cte aku...ak just amik jer watak sape2...x de kene mengena dgn idup mahupun yg telah mati

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...