Posts

Showing posts from September, 2012

PERJALANAN MENUJU KEBAHAGIAAN

Image
Menempuh perjalanan yang panjang aku tidak tahu dimana aku sekarang terasa aku tersalah jalan jalan yang luas terbentang aku mengesot kemudian merangkak lalu berdiri sesekali terjatuh, sakit! lalu aku kuatkan semangat kerana perjalanan yag panjang tidak mungkin berakhir dengan hanya merangkak.. cubaanku berjaya, aku berdiri walaupun longlai.. sedikit demi sedikit kakiku semakin kuat aku sudah dapat berlari, berlari mengejar cinta dan harapan... yang pasti aku hanya melalui jalan panjang yang masih belum nampak penamatnya.. aku berhenti rehat makan tidur semua disitu.. aku perlukan tenaga untuk menyambung perjalanan. esok belum tentu pasti... ternyata perjalanku penuh liku kiri kanan ada sahaja manusia lalu lalang aku juga tidak tahu kemana arah mereka mereka juga begitu.. ada yang jatuh tersungkur, ada juga menggelongsor ada juga bertempik, ada juga menangis terasa ianya seperti melemahkan semangatku aku semakin lemah.. kerana lemah itu aku ditertawa

KISAH SEMALAM (1)

Image
Tepat jam 10.30 mlm aku bergegas mengikut rakan ke suatu lokasi yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. aku terpaksa mengikut kehendak mereka dengan hati yang cukup berat walaupun aku berkeras menolak namun atas alasan mereka demi menyambut hari jadi rakanku aku akhirnya akur. sepanjang berada didalam kereta aku hanya diam, ketakutan semakin menyelubungi diri, pelbagai kemungkinan bermain di kepala dan rasa bersalah membuak-buak. aku pergi tanpa memberitahu keluarga, sekiranya mereka tahu perbuatanku pada ketika itu mungkin mereka sendiri tidak dapat menerima aku sebagai anak mereka.persoalan itu berputar-putar didalam kepala. jam ditangan menunjukkan jam 12.30 mlm, di sana malam seperti siang, kereta beratur panjang, manusia bertebaran dengan lagak dan gaya 'orang bandar',  terasa berada di suatu tempat yang penuh dengan keseronokan. tidak sama dengan kampungku yang pada waktu itu sunyi sepi tatkala semuanya melayan mimpi indah. kereta yang ku naiki belum

TRUE FRIEND

Image
pengenalan bermula dengan minat, kemesraan bermula dengan gurauan keakraban terjadi saat memerlukan itulah TRUE FRIEND terdengar lagi suara gelak ketawa, waktu bersama mereka.. waktu bujang, single tanpa memikirkan sebarang komitmen cinta... masih tinggal lagi waktu itu sesekali ada juga masa susah hadir meragut kegembiraan syukur TRUE FRIEND ada memberi bantuan tiada perjanjian, tiada minta balas semuanya atas keikhlasan.. senyum lagi..senyum tanda kenangan itu masih ada... waktu ke mana sahaja tetap bersama ada sahaja celoteh. geli hati pengubat duka... saat usia berubah menginjak perlahan-lahan, terasa hati sepi mahukan seseorang untuk bermanja pergi kemana sahaja lihat merpati dua sejoli bermadu asmara.. ke kelas bersama...makan bersama...kemana-mana sahaja bersama... terasa ingin seperti mereka... Tuhan Maha Mengetahui... hati kecil ini sering inginkan kebahagiaan DIA kabulkan datang seorang bidadari mula bertapak di

CARILAH ARAH BERLARI...

(kasihan akan diri yang sentiasa lemah kecundang lagi dengan hasutan hawa nafsu). aku masih disini masih bertapak di atas juang seorang diri... lihat atas..lihat bawah semuanya masih sama malah lebih buruk lagi bumi sukar bernafas umpama lelah hasil perbuatan manusia.. aku tidak dapat lari lari sana... ada... lari sini juga... ada dia ada dimana-mana dialah RAGAM! juga cabaran buat mereka!!! cabaran kadang kala membuahkan masalah ya!! masalah yang terhasil oleh empunya diri... ada senyum ada tangis ada juga bertempik!! menyalahkan orang lain.,, yang kecundang... lihat sahaja tindakan lanjutnya... yang berjaya lihat sahaja lagaknya... semua itu permainan atas dunia lagi sudah nampak belang belang tinggal belang yang tidak boleh dibawa mati...  tunggu sahaja masa untuk semua berlari lintang pukang mencari orang yang dapat memberi belas pada ketika itu aku juga tidak dapat lari terima sahaja apa adanya... terima kenyataan bahawa itu amalan... waktu it