TRUE FRIEND
pengenalan bermula dengan minat,
kemesraan bermula dengan gurauan
keakraban terjadi saat memerlukan
itulah TRUE FRIEND
terdengar lagi suara gelak ketawa,
waktu bersama mereka..
waktu bujang, single tanpa memikirkan sebarang komitmen cinta...
masih tinggal lagi waktu itu
sesekali ada juga masa susah hadir meragut kegembiraan
syukur TRUE FRIEND ada memberi bantuan
tiada perjanjian, tiada minta balas
semuanya atas keikhlasan..
senyum lagi..senyum tanda kenangan itu masih ada...
waktu ke mana sahaja tetap bersama
ada sahaja celoteh.
geli hati pengubat duka...
saat usia berubah menginjak perlahan-lahan,
terasa hati sepi
mahukan seseorang untuk bermanja
pergi kemana sahaja lihat merpati dua sejoli bermadu asmara..
ke kelas bersama...makan bersama...kemana-mana sahaja bersama...
terasa ingin seperti mereka...
Tuhan Maha Mengetahui...
hati kecil ini sering inginkan kebahagiaan
DIA kabulkan
datang seorang bidadari mula bertapak di hati...
TRUE FRIEND jadi kaunselor
minta nasihat dan padangan..
biasa alam bercinta
gaduh manja itu penyeri hubungan
sesekali TRUE FRIEND jadi tempat mendengar masalah
malah kalau dirahsiakan TRUE FRIEND akan tahu juga..
seolah ada magik mengenal memek muka..
kadangkala terasa bahawa cinta itu tidak memahami
kadangkala terasa cinta itu buat manusia menangis
kadangkala terasa cinta itu buat manusia leka
kadangkala terasa cinta itu buat manusia lupa
akhirnya kecewa...
pada waktu-waktu sempit itu,
TRUE FRIEND datang mengukirkan senyuman
tiada sedikit pun nada menyalahkan
yang ada dorongan dan semangat..
tidak sedikit kesal waktu indah dirobek oleh cinta
kerana percaya semua orang perlukannya..
waktu itu semakin jauh..
kenangan tertinggal perlahan-lahan...
masing-masing membawa haluan
membawa bersama cinta dan harapan
kata-kata indah TRUE FRIEND buat bekalan
mata melirik di luar jendela
tersedar aku dari sebuah lamunan panjang
sudah 6 tahun masa berlalu meninggalkan kemanisan
saat hidup berkawan...
yang sudah berjaya..jauh mereka di atas,
yang sudah berkahwin...bahagia mereka disana,
yang masih mencari...sudah mula bertapak
yang masih berdikari...mereka masih mencari
sebuah kehidupan..
ianya umpama sebuah cerita Drama sinetron
atau mungkin sebuah lukisan hidup
yang dilakar atas sebuah kebenaran,
kebenaran yang hanya diketahui oleh pelukisnya, pengarahnya atau penulis skripnya,
atau mungkin juga kepada sesiapa yang pernah mengalami saat manis ini...
syukur Tuhan kurniakan kita seorang TRUE FRIEND
Al-fatihah buat mereka yang telah pergi
menyahut seruan ilahi
biar kenangan itu hidup dalam sanubari...
Syawal 17
bilik mengaji
sambil meneguk air kopi
ditemani selesema dan sakit kepala...
Comments
Post a Comment