PERJALANAN MENUJU KEBAHAGIAAN

Menempuh perjalanan yang panjang
aku tidak tahu dimana aku sekarang
terasa aku tersalah jalan
jalan yang luas terbentang

aku mengesot kemudian merangkak lalu berdiri
sesekali terjatuh, sakit!
lalu aku kuatkan semangat kerana perjalanan yag panjang tidak mungkin berakhir
dengan hanya merangkak..
cubaanku berjaya, aku berdiri walaupun longlai..


sedikit demi sedikit kakiku semakin kuat
aku sudah dapat berlari, berlari mengejar
cinta dan harapan...
yang pasti aku hanya melalui jalan panjang
yang masih belum nampak penamatnya..

aku berhenti rehat
makan tidur semua disitu..
aku perlukan tenaga untuk menyambung perjalanan.
esok belum tentu pasti...

ternyata perjalanku penuh liku
kiri kanan ada sahaja manusia lalu lalang
aku juga tidak tahu kemana arah mereka
mereka juga begitu..

ada yang jatuh tersungkur, ada juga menggelongsor
ada juga bertempik, ada juga menangis
terasa ianya seperti melemahkan semangatku
aku semakin lemah..

kerana lemah itu aku ditertawa
mereka ketawa tidak kurang ada yang mencela
aku melihat ketelanjuran mereka
mereka lah manusia yang terasa sempurna
dan hanya memandang ketidaksempurnaan orang lain dengan mata jijik...

kenapa perlu aku lemah dengan kata-kata cela
kenapa harus aku jatuh dengan hinaan manusia
mungkin kerana kata-kata itu aku bangkit
bangun dengan harapan dan cinta
agar penamat itu akan ku jejaki
penamat yang bahagia...

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...