KISAH SEMALAM (1)
Tepat jam 10.30 mlm aku bergegas mengikut rakan ke suatu lokasi yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. aku terpaksa mengikut kehendak mereka dengan hati yang cukup berat walaupun aku berkeras menolak namun atas alasan mereka demi menyambut hari jadi rakanku aku akhirnya akur.
sepanjang berada didalam kereta aku hanya diam, ketakutan semakin menyelubungi diri, pelbagai kemungkinan bermain di kepala dan rasa bersalah membuak-buak. aku pergi tanpa memberitahu keluarga, sekiranya mereka tahu perbuatanku pada ketika itu mungkin mereka sendiri tidak dapat menerima aku sebagai anak mereka.persoalan itu berputar-putar didalam kepala.
jam ditangan menunjukkan jam 12.30 mlm, di sana malam seperti siang, kereta beratur panjang, manusia bertebaran dengan lagak dan gaya 'orang bandar', terasa berada di suatu tempat yang penuh dengan keseronokan. tidak sama dengan kampungku yang pada waktu itu sunyi sepi tatkala semuanya melayan mimpi indah.
kereta yang ku naiki belum berhenti meluncur, masih mencari-cari lokasi yang ditujui. setibanya disana ku lihat rakan-rakanku seakan tidak sabar untuk menikmati saat itu. persoalan tadi masih bermain di fikiranku, takut dan rasa bersalah bercampur baur, terasa seperti bodoh kerana mengikut sahaja ajakan mereka.
namun atas nasihat dan dorongan rakanku, rasa bersalah tadi lenyap perlahan-lahan. aku berada di depan pintu masuk sebuah pusat hiburan yang sebelum ini tidak pernah aku jejakkan kaki. wang RM25 sedia dihulur tanda bayaran masuk.
bunyi lagu bingit, ala-ala disco berkumandang disetiap ruang, suasana gelap hanya diterangi dengan cahaya samar-samar lampu warna yang berkelip mengaburi pandangan, hanya yang kelihatan manusia yang asyik dan leka menari seperti manusia gila. ada juga yang meneguk air setan, aku dekatkan pandangan ternyata ramainya adalah bangsaku. ternyata rakan ku juga tidak terkecuali. aku beristighfar didalam hati. seakan menyesal megikut ajakan mereka. tapi mahu tidak mahu aku harus menunggu drama ini selesai kerana aku hanya menumpang kereta mereka.
jam ditangan menunjukkan pukul 2.00 pagi, malam sudah hampir mencapai klimaks, pada ketika itu sudah ada yang membuka baju, berpelukan, dan ada juga yang bercumbuan. gelegat mereka seakan tiada sesiapa di situ. aku masih mencari-cari kelibat rakan-rakanku namun mereka masih asyik menari melentok liuk dengan iringan muzik dance. aku juga turut serta mengukit kehendak mereka. sesekali air setan dihulur namun segara ku tolak. Alhamdulillah masih lagi ada iman didalam dada teringat kata-kata ustaz " sesungguhnya setitik air arak itu masuk ke mulut kita nescaya 40 tahun amalam tidak diterima oleh Allah".
aku mencari-cari tempat duduk agar aku dapat lari dari hasutan itu. lagu semakin rancak, mereka bermandi peluh, peluh ghairah gugur membasahi baju yang dipakai. ku menghitung masa yang hanya tinggal beberapa minit untuk sampai detik jam 3 menandakan acara tamat. asap rokok dan botol air setan bergelimpangan disetiap sudut. aku hanya memerhati namun gelagat mual mereka membuatkan aku rasa jijik.
lagu terakhir diumumkan. aku menarik nafas lega, jam ditangan sudah pukul 3 pagi, yang mana berada separuh bogel mula menyarungkan semula pakaian, sisa air setan yang belum habis di teguk licin, yang masih bercumbuan meninggalkan ciuman terakhir. lampu cerah dibuka perlahan-lahan.
baru lihat kelibat rakan-rakanku berjalan longlai ke arahku, peluh puas membasahi mereka. ternyata agenda malam masih belum sempurna. ada lokasi seterusnya....
bukit bintang
8 September
3.30 pagi
Comments
Post a Comment