AKU TIDAK PERNAH LUPA....

Mata kebil-kebil
sedang tangan taip laju carian maklumat
kerja makin bertimbun
mata ini tidak pernah tipu..
kerna itu mata terlalu menumpu
hingga aku terlepas...

Hari ini hari apa?

Aku menepuk dahi
bukan terlupa
hanya terleka
hari penting
buat manusia yang ISTIMEWA...

Aku segera betulkan keadaan
biasalah!! sering sahaja aku buat silap
bukan lupa tetapi ada yang tergendala
aku sorotkan dahulu..

Aku tahu dikala ini dia...
muram,...
sedih,....
sendiri,...
terasa terpinggir...

aku tersenyum dari jauh...

Masih dia tidak dapat baca lagat egoku
sebelum baik...
kasi gaduh dulu!
kasi sakit dulu !
kasi pedih dulu !
kemudian pujuk...
pujuk...
dan pujuk...
agar kita saling menghargai...

Akhirnya aku nyatakan
sebenarnya....

Aku tidak pernah lupa
waktu penting kau lahir ke dunia
sengaja kau mahu aku jadi
manusia yang terawal
mengucap kata manis...

Tapi aku bukan begitu
kerana aku ada cara sendiri
buat kau tersenyum lagi
mengingati setiap detik - detik....

kau mencubit
kau menggigit
hingga berbekas
sayang itu meninggalkan kesan
yang tidak dapat disamakan dengan sesiapa
kerana gigi kau yang panjang...
tajam...
cuma tidak bertaring...
jika tidak hilang isi tinggal tulang
habis kau mamah...

Aku tidak pernah lupa...
hanya sedikit terleka,
sedikit sahaja...

Dibibir susah!!!...
namun disini kau dapat membaca
bibir ini terlulis
supaya kau tahu
bahawa aku tidak pernah lupa!!!


                       so tag gambar je la ye..org pantang x leh makan kek..ho3



Selamat hari lahir buat wanita yang istimewa

yang lahir dari rusuk kiriku
Abg sayang sayang yang teramat sayang
semoga keberkatan bersamamu
semoga rezeki dipihak mu
semoga kebahagian milik kita...
Amin.....
semoga ALLAH lindungimu
NOOR ATHIKAH BINTI ABU KASIM...
19 November........










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

KISAH SEMALAM (1)

Pocket Inspired: Tentu nak wangi