PUISI: pendosa di Atas BumiMU
Bulan semakin hilang seri
bintang yang semakin takut berkelip
bumi semakin dipijak angkuh
tangan-tangan manusia tidak berbedung
mata tidak dapat menipu
apabila tanah ini
semakin panas
geram dan kesal
namun aku juga pendosa
terjaga pada kala subuh berkumandang
Azan menghentikan lelap
Alhamdulillah
Allah masih sayang
terkebil-kebil mata dipaksa buka
segera solat diatur
hati penuh dosa dan noda
hamba mengadap pada Ya RAB
dengan kekesalan semalam
angin subuh bersama kabus kotor
alam semakin berubah wajah
aku Takut
Ya
Takut
bumi semakin lelah
masa mahu sahaja berhenti
Dunia hampir ke garisan penamat
masih adakah peluang?
peluang untuk aku beroleh keampunan..
YaAllah
semoga jalan itu Lurus untukku
bahagia dengan keampunanMU.
bintang yang semakin takut berkelip
bumi semakin dipijak angkuh
tangan-tangan manusia tidak berbedung
mata tidak dapat menipu
apabila tanah ini
semakin panas
geram dan kesal
namun aku juga pendosa
terjaga pada kala subuh berkumandang
Azan menghentikan lelap
Alhamdulillah
Allah masih sayang
terkebil-kebil mata dipaksa buka
segera solat diatur
hati penuh dosa dan noda
hamba mengadap pada Ya RAB
dengan kekesalan semalam
angin subuh bersama kabus kotor
alam semakin berubah wajah
aku Takut
Ya
Takut
bumi semakin lelah
masa mahu sahaja berhenti
Dunia hampir ke garisan penamat
masih adakah peluang?
peluang untuk aku beroleh keampunan..
YaAllah
semoga jalan itu Lurus untukku
bahagia dengan keampunanMU.
Comments
Post a Comment