Thursday, June 30, 2016

BAHAGIA UNTUK SEORANG BAPA

Perjalanan aku jauh lagi
seakan gagal dipertengahan
bukan mudah sebenarnya
memegang amanah wajib
yang memang sukar untuk dielak

Tidak pernah berfikir
aku berada di tahap ini
komitmen yang tinggi
tiada lagi masa untuk berlengah

Aku sering berkejar
mencari kesenangan
memberi penghargaan
demi sebuah kebahagiaan.

Pelbagai cara aku lakukan
namun semakin ia menguji...
menguji kesabaran dan iman...

Jika dahulu aku seorang
ANAK,
namun ia lebih mudah daripada menjadi seorang
BAPA...

Namun semua itu telah diatur
oleh yang Maha Pencipta
aku semakin menghargai,
diri aku sebagai suami dan bapa...
dan yang lebih penting menghargai
insan yang banyak berkorban demi sebuah
kebahagiaan....

dialah ABAH dan semua bapa seluruh dunia...
Kita tidak gagal namun sentiasa berusaha memberi yang terbaik
demi sebuah KEBAHAGIAAN....


Tuesday, June 28, 2016

erti sebuah pemberian

Wajah-wajah itu muncul
dalam ingatan
rindu untuk bertemu

kerana wajah-wajah itu
aku akur
setiap yang tertulis
semua telah ditentukan

kita banyak mengeluh...
sering tidak cukup
kita sering menangis...
terasa banyak beban
kita sering terduduk...
terasa tidak tertanggung dugaan

Namun kadangkala kita lupa
bahawa...
ada lagi yang lebih sedih dari kita,
ada lagi tidak cukup dari kita,
ada lagi yang lebih hebat dugaannya,

Ramadhan ini aku belajar erti
memberi...
berkongsi...
mencurah...
sebuah kasih sayang
erti persahabatan
dan cinta
buat mereka yang memerlukan

dan kerana itu aku makin tenang
sudah cukup buat aku bahagia
saat wajah itu tersenyum dan gembira

mereka layak gembira seperti anak-anakku...




Alhamdulillah...Aku panjatkan kesyukuran atas nikmat dan Rahmat
Ramadhan kali ini banyak menyedarkan aku
Allah datangkan kebahagiaan bertemu dengan mereka...



Friday, February 14, 2014

Aku Ayah dan Suami....

kebil-kebil mata ini,
merah-merah tidak tertahan lalu menitis air pasrah
tunduk layu
gugur kesayuan melihat anak dan isteri

saat aku pulang dari kerja panjang
tidak tertahan rindu
mendengar berita dari jauh
ternyata anakku semakin menginjak bijak
pelukannya erat seperti melepaskan rindu pada papanya,
aku tahan sebak ini..

aku lihat disudut wajah lesu isteri
ternyata puas melihat telatah dalam pelukan anak dan bapak
tersembunyi satu kepahitan mencengkam
sakit yang dalam!

aku rangkul tangan mama naufal
perlahan-lahan rasa itu aku dapat baca
aku minta bersabar
hanya kekuatan menjadi peneman,

Semuanya ketentuan.,
aku berinya kekuatan
kekuatan untuk mencari jalan
agar tidak sesekali putus asa...

kita belum lagi mahu pergi!
kita belum lagi tiada harapan!
hanya sedikit dugaan
yang meneguhkan iman
menjalinkan lebih kasih sayang

Aku banyak diam!
diam tanda aku tahan
tahan tidak mahu tunjuk lemah
hanya mahu bersabar
dan tidak mahu mengeluh

aku juga kadang tidak kuat
menghadapi ...dan terus menghadapi...

Aku ayah dan suami
tidak pernah ku menjangka seduga ini
menguatkan aku
memberanikan aku...
agar terus mithali...

aku pendam dalam-dalam
biar ada sekelumit bahagia
yang menepis dugaan ini...
biar Allah tahu aku kuat....

Ya Allah beri aku kekuatan
agar mereka dapat berlindung dibawah kasihku...
Amin...

buat mama Isteri tercinta
buat Heroku Muhammad naufal
ketahuilah bahawa papa ada
saat diperlukan...
papa akan buat yang terbaik
selagi ada lagi nafas ini....


Thursday, February 13, 2014

TERDUDUK...

Aku berhadapan dengan jadual songsang
yang tidak pernah memberi peluang aku berhenti sebentar menarik nafas panjang
dihantui suara-suara sumbang
menghela nafas panas
yang membuat aku tidak duduk senang...

Hari berlalu
sepejam aku menutup mata
melupakan sisa-sisa atas langkah
yang diukir tanpa pandangan sesiapa
aku dengan hal aku
bangun jatuh sendiri
nampak selalu keji jarang dipuji.

Hari ini
secelik aku memadam yang lalu
namun ternyata ada lagi dia disitu
memandang dengki bersama nafsu kulat dan mata dosa
nafas aku tersekat
terduduk aku
meratapi dugaan yang mencurah
ternyata aku biasa punya nurani sejernih kaca
mampu pecah bila-bila masa....

Aku!!!!
lesu
penat..
senak...
pucat...
semput...

adakah kamu tahu!!!!

Yang Aku!!!!...
lesu
penat..
senak...
pucat...
semput...

mencarut lagi!!!


terduduk atas kerusi mengaji
muka pucat lesu
hanya berbaring mengurut kepala.......
11.45 tghari..

Monday, December 16, 2013

TIDAK TAHU BERCAKAP

idea berlambak
tapi sering sahaja tewas
ternyata ...
ilmu cetek....
ruang sempit ...
akhirnya terus tenggelam~
bagaimana untuk berbakti?
belum sempat membela sudah ada mencela...
ternyata itu hanya cabaran
cabaran yang mendorong kejayaan
tengoklah nanti!!!

Wednesday, November 27, 2013

TOTAL


Langkah masih boleh dikira
tidak laju mana...
sebab itu kau masih ketinggalan
maka perlu berubah...
Ya!! berubah secara TOTAL...
ke hadapan!!..kehadapan lagi
ya! jalan terus...cepat lagi!!
sehingga kau dah boleh berlari....!!!



-monolog dalam bilik mengaji-


Monday, November 25, 2013

itukan MELAYU...

Belum cukup mengusai kosakata
untuk memberi kefahaman
tentang apa yang mahu diluah
sudah ada yang mencela,
ada sahaja yang tidak kena
itu kan bangsaku....
petah lagi mahu bertutur molek berbahasa asing
cepat-cepat dibidas dengan sindiran
mahu sahaja ayat disusun semuanya tergendala.
Tahu yang dihadapan ini orang hebat-hebat
lancar berbahasa kerana darjat pendidikan kamu
tidak sesekali kamu memberi peluang
mereka yang berkobar dengan lancar mahu belajar berjalan
tidak sesekali kamu beri semangat
lalu kamu tolaknya jatuh
sejak dari itu kami takut berubah
kerana malu kehadapan
akhirnya mati menyimpan sejarah melayu lama
warisan menjadi warisan hapus dalam zaman
itukan MELAYU....