ARTIS DATARAN...


baru habis tgk movie di Jusco...perut lapar membuatkan aku,fizah,intan,ed,syam dan moon mencari tempat yg sesuai untuk melantak, Ed memberi idea untuk terus saja ke dataran kerana disana banyak pilihan...masing2 bersetuju dan terus menaiki kereta meluncur laju ke tempat yg dituju. sesampai saja disana pesanan terus di buat, sambil mkn2 kami smbg2 ttg movie UNSTOPPABLE...Action terbaik dari ladang...tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara yang datang entah dari cerok entah mana...


hohohoho...tgk bumbung....hohoho....tgk bumbung (rentak lgu blk kampung), nyanyian seorang lelaki mencuri perhatian ramai yang sibuk makan di gerai sekitar dataran ipoh...aku tersenyum sambil otak ligat memikirkan motif sebenar lelaki tersebut...rakan-rakan lain ketawa seolah-olah lelaki yang berusia separuh abad itu gila...pada pandangan aku, lelaki tersebut nampak normal, berbaju melayu kemas bersampin, membawa gitar dan recoder, menghiburkan manusia yang duduk makan di deretan gerai...kejap2 menggunakan gitar, menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Sudirman, P. Ramlee, M.Syarif dan Alley Cats...selesai menyanyikan lagu, lelaki berusia tadi terus dari satu meja ke satu meja orang ramai yang makan disitu memohon sumbangan, ...namun gayanya tidak langsung seperti pengemis...ada keunikan disebalik cara dan gaya yang dipersembahkan...fikiranku ligat..

ntah dimana tinggalnya???dimana keluarganya??siapakah dia yg sebenarnya?? persoalan tersebut bermain2 di kepala...lelaki tersebut memakai baju melayu siap bersampin...gayanya tidak sedikit menampakkan dirinya gila...dia menyanyikan lagu2 evergreen...dirinya sedikit pon tidak kisah walaupun perasan ada orang yang sedang memerhati dan mentertawakannya...benakku berkomunikasi dengan minda, tekaan demi tekaan di buat kerana bagi ku dia bukanlah gila...sedang kepala bermain dengan tekaan...suara itu datang ke meja kami," maaf, leh saya nyanyikan lagu untuk seorang gadis", saya x pandai lukis tp sy akan lukiskan gambar sambil menyanyi wat gadis manis di sebelah ni" lebih kurang begitulah ayat lelaki tadi yang terus mengheret kerusi disebelah fizah...fizah terpaku sejenak...seolah terkejut dengan adegan yg sedang berlaku...
kami hanya ketawa perlahan...selesainya nyanyian lelaki tadi, lukisan gambarnya diberikan kepada fizah dan dia terus berlalu membawa gitarnya ke meja yang lain...moon, Ed dan syam terus ketawa mengena fizah...fizah sipu2 malu...
malam itu berlalu pantas sedang esok aku, fizah dan intan ada kerja yang perlu dilakukan...sedang kami borak2 aku terpandang lelaki tersebut yang menaiki basikal sambil menyandang beg gitar berlalu sehingga tidak lagi kelihatan dalam samar2 lampu jalan...namun aku percaya, lelaki separuh abad itu akan terus menjadi artis dataran selagi ia mampu, mungkin suatu hari aku akan dapat jawapan disebalik tekaan yang cuba aku cetuskan...

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...