x kena pada batang hidung sendiri...


berada dalam lautan manusia seringkali memberi inspirasi kepada kita untuk mewujudkan satu isu yang tidak pernah terfikir oleh ahli politik mahupun pemikir ketenteraan... idea sepantas kilat menerpa saat setiap inci dilihat pada gelagat manusia yang lalu lalang.

entah apa yang jadi perhatian, lerekan mata kiri dan kanan tidak dapat berhenti bertugas, apatah lagi aweks2 yang lalu lalang seakan memberi satu kejutan pada suis utama pancaindera untuk ia berbunyi "hai!" atau mungkin sekadar "senyuman ada makna" menandakan hati terpaut kepada satu keindahan di hadapan...namun tanpa kt sedari senyuman dan sikap ramah yang wujud seketika td tiba-tiba hilang apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang agak kurang sedap mata memandang atau kt lain, buruk...

beza cantik dan buruk...

kene yang cantik...bg respon...


sedang lalu disebuah pasar, sungai manusia yang datang dari cerok mana sedang asyik membeli belah sedang segelintir lagi dengan niat yang berbeza atau mungkin juga sambil menyelam minum air yang ternampak sekumpulan gadis tergedik2 membeli juadah, sekumpulan lelaki yang rasa diri macho melerek mata kearah sekumpulan aweks tadi, tanpa di suruh mulut akan bersuara " cantik beb awek yang beli karipap tu".masing2 bersetuju, dan sepantas kilat senyuman terukir sambil bunyi siulan mengejutkan sekumpulan awek minta di balas respon...jika respon dibalas makna aweks tadi lagi bertmbah cantik (bagi mereka)...

kene yang cantik...x der respon pape...


sekumpulan lelaki teruskan lawatan bersahaja dengan mulut tidak berhenti memperkatakn tentang awek yang bagi respon "baik" tadi...tidak habis2 memuji, menyesal kerana x mintk no fon dan sbgnya...tiba-tiba sahaja langkah mereka terhenti melihat sekumpulan awek bertudung yang cun (bg mereka), seperti biasa reaksi yang sama dilakukan...namun agak malang tiada sedikit respon...biarpun mereka senyum dan kata "hai..banyk beli barang hari ni??!"namun masih tidak dilayan...jika tadi mulut bersuara memuji tanpa sebarang suruhan namun kali ini mulut juga berbunyi "gila sombong, bajet cantik!!..., ingat aku hingin sangat ke?!" tiba2 nada puji bertukar keji...sekumpulan aweks dan lelaki2 td berlalu dengan perasaan yang kurang puas hati...

kene yang x der rupa...bg respon..


sedang mulut sekumpulan memaki hamun sekumpulan awek yang dikatakan bajet cun, tiba2 berlalu seorang awek yang x cun langsung (bagi mereka) memandang sekumpulan lelaki tersebut...kelihatan awek td senyum namun lelaki tersebut membalas dengan ragu2...sedang 2 org daripada mereka menahan ketawa...ntah kenapa??..belum sempat berlalunya awek td, mereka dah ketawa meriah, seperti baru melihat pertunjukan badut sarkas...masing2 'memperhangat' masing2..."mat dia senyum kat ko mat, memang cun (kata ejek)" sambil ketawa, sedang seorang lagi berkata, "hek eleh, ada hati nak senyum kat kita beb, badan dah mcm buldozer,"lalu mereka berlalu dengan nada sindiran tidak henti ketawa...

kene yang buruk...x perlu respon pape..


sedang sekumpulan lelaki tersebut menghabiskan lawatan ala2 lawatan berhormat disekitar pasar tersebut mata mereka terpandang seorang lelaki yang agak berbadan besar, berkulit gelap, berambut ala2 negro sedang memilih barang untuk dibeli, tiba2 sekumpulan lelaki tersebut tegur menegur diantara mereka "wei mat ko tgk brader tu, x leh blah, perut dan mcm tong cat,ni kalo jln tgh2 gelap ni nmpk gigi jer" seorang lagi bersuara "wei ko jgn kutuk die, silap die dgr, leh tukar jd hijau, x ke naya kita" mereka terus ketawa terbahak2...pada ketika itu ayat kutukan menjadi santapan gelak ketawa mereka...

mungkin kita sebahagian daripada watak diatas...cuma untuk santapan kita bersama...apa sahaja yang kita perkatakan yg merujuk kepada seseorang yang juga makhluk ciptaan tuhan yang sama...kita bersyukur kerana kita dilahirkan dengan sedikit sempurna namun malanglah bagi kita tidak bersyukur, malah mengeji ciptaan tuhan...jadi cakap banyak x gune...apa salah kalo ubah mentaliti dan hijrahkan diri...menegur dengan baik agar lahir kasig sayang antara insan tanpa mengira darjat dan rupa...
jadi renung2kan dan selamat beramal!...

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...