HIDUP DISEBALIK GENRE....

kadangkala manis itu jika dibiar lama akan berubah rasa, ombak pantai adakalanya bertukar badai, air yang tenang adakalanya berkocak.

semua itu tertulis menggambarkan bahawa lukisan itu hidup, tambah menghidupkan lagi apabila manusia hidup dalam pelbagai genre kehidupan membawa bersama-sama alunan irama, adakalanya balada, adakalanya rock, dan ada juga irama asli tradisional. Dunia itu indah seindah ciptaan Allah yang maha esa.

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari menikmati semua genre yang ada, namun jika kita hitung saat ini berapa banyak genre yang kita bawa untuk dimuatkan dalam album kehidupan kita, atau mungkin juga satu genre sahaja yang dimuatkan dalam album menjadikan kehidupan itu satu warna.


Aku bukan percipta lagu atau komposer, bukan juga penulis lirik, atau penyanyi yang bersuara lunak, aku hanya penulis yang menulis berdasarkan plot kehidupan yang di dalamnya penuh tragedi,

tragedi milik aku atau juga orang lain, ia bukan kisah rekaan yang terhasil dari khayalan atau juga mimpi yang tidak melibatkan watak sebenar. Cerita aku adalah untuk manusia yang sezaman denganku yang mencari makna kehidupan atau mungkin juga yang masih belum jumpa kehidupannya yang sebenar. 

Bahasaku mudah, mudah kepada sesiapa sahaja yang membaca, baca bersama gambaran sebenar apa yang tertulis. Ianya seperti lagu yang mana manusia pilih berdasarkan perasaannya pada ketika itu. Jika sedih ia lebih cenderung memilih genre sedih, begitu juga sebaliknya. Sudah ku nyatakan seawal penulisan ku bahawa manusia itu unik, dan dengan keunikan itu menjadikan manusia sebagai pelukis alamnya sendiri. Itulah bakat semulajadi manusia.

Jika dirungkaikan pada penulisan aku pada kali ini, cukup mudah itu aku katakan bahawa manusia itu serba boleh kerana dialah komposer, pelakon dan pelukis kerana dikurniakan bakat semulajadi anugerah dari Allah S.W.T. yang mana bakat itu ada kalanya disedari mahupun tidak.

Sedarilah wahai teman apakah genre kalian? adakah itu pilihan atau mungkin tercipta oleh orang lain sebagai komposer kalian??






Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...