HARI CATATAN~

dah lama rasanya tidak mengulangi apa yang biasa dilakukan masa belajar dalam kelas dulu...dah lama aku tinggalkan dunia catatan setiap minit masa nota di dalam kuliah mahupun di dalam kelas..hari ini aku mengulangi sejarah itu, melihat, memikir, mencatat dan menyusun setiap helaian bidang tugasku di tempat kerja, seperti masa mentelaah pelajaran ketika exam menjelang dan ketika due date assighment tiba...


helaian masih banyak di atas meja, fikiran mula berkecamuk, ada saja kerja yang harus dilakukan...biasalah alam pekerjaan, mengadap kertas kerja, fail dan skrin laptop 8 jam membuatkan aku kadang-kadang mual...namun inilah kerja berbayar, ku tempuhkan jua...


entah kenapa hari ini kerja yang bertimbun membuatkan aku tidak dapat duduk diam di atas kerusi roda pejabat, panggilan telefon sering memanggil namaku hingga bunyinya seakan menjadi bunyi mainan kaset lagu yang berputar2 lagu yang sama. namun hari ni aku seperti rela tiada kegusaran seperti telah lama berkecimpung dalam arena ini...


mata kejap2 curi pandang skrin komputer sedang tangan genggam erat batang pen mahu mencatat sebelum aku terlupa setiap perancangan yang diatur....dan akhirnya tidak terdaya, lalu ku gerakkan paksi minda untuk ringankan kepala ini mencari isi idea untuk dimuattulis dalam blog ini. 

mungkin tiada isi untuk dikongsi cukuplah sekadar santapan sedikit luahan perasaan yang tiada siapa mahu mendengar...namun bagiku positif itu ku jadikan paksi utama kehidupan....biar mereka kata apa asal aku senang berada didalam bilik pendalaman yang sukar untuk dilihat dari sudut jauh...kadangkala kurasakan sempurna ketika berada dalam duniaku, menulis dengan bahasa indah untuk lembut lidah membaca setiap sorotan ayat...

catatan ini ku simpan untuk jadi bekal hari esok, kerana kerja masih belum selesai...dengar nya lusa ada tetamu terpenting menjengah...bersedia untuk hadapi setiap persoalan moga tidak rasa gusar dan gundah...
jam tinggal beberapa minit untuk masuk ke slot petang...hari catatan kerjaku tamat disini...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

KISAH SEMALAM (1)

Pocket Inspired: Tentu nak wangi