BULAN INI....SAKIT!!!


Hah! sudah tengahari, aku terkejut melihat masa berlalu begitu pantas, baru sahaja aku keluar sarapan pada pukul 9 pagi tadi. huhhh! aku mendengus panjang, duit! duit! baru sahaja aku mendermakan RM150 untuk tukar bateri kereta, nampaknya bulan ni aku terpaksa berjimat cermat. Aku terpaksa menghadapi dugaan dalam perbelanjaan, lihat sahajalah berapa banyak yang perlu aku gunakan bagi menampung segala kos perbelanjaan dengan hanya menggunakan duit gaji untuk bulan ini.

  1.  baiki laptop rosak:                       RM 450.00
  2.  bulanan kereta MyVi SE              RM 600.00
  3.  tukar bateri kereta :                      RM 150.00
  4.  bil tunggakan Astro:                     RM 150.00
  5.  bil handfon:                                  RM 150.00
  6.  bil broadband:                              RM    68.00
  7.  duit mak ayah                              RM 200.00     
           JUMLAH                                     RM 1768.00


jika ditolak dengan duit gaji yang tidak seberapa, untuk bulan ini aku hanya dapat menggunakan duit sebanyak lebih kurang RM 200 ini tidak masuk simpanan setiap bulan dan kos emergency. aku hanya mengharapkan duit sampingan mengajar tuisyen itupun baru dapat RM180.00 sebulan. kadang-kadang terfikir bagaimana orang lain boleh dapat duit dengan begitu mudah. Terasa duit mengalir seperti air yang terjun dari gunung. Kalau dahulu, masa mula-mula aku dapat kerja, gaji RM1500 itu dirasakan seakan banyak, namun setelah bekerja gaji 2000 pon masih belum cukup, itupun nasib baik aku tinggal dengan keluarga kalau tidak, habis perbelanjaan aku untuk sebulan bagi membayar sewa rumah dan lain-lain.
                                                            
Minggu-minggu terakhir ini terasa malas untuk bekerja, emosi aku sering terganggu sejak kebelakangan ini. adakah itu semua kerana duit? Arghhh! mahu sahaja aku menjerit melepaskan rasa tidak senang dalam hati ini. Teringat perihal malam semalam. Si Dia call, aku seakan layan tidak layan, kesian pon ada, aku tidak salahkan dia dalam hal yang berlaku pada hari sabtu lalu, mungkin itu semua salah aku, "tapi kenapa dia sering mencari salah aku?" aku mengomel dalam hati. Ahhh! malas aku nak layan hati ni. semakin layan semakin sakit. aku mahu mencari ruang untuk bersendirian sehingga semuanya kembali pulih.


hampir waktu rehat makan tengahari, rasanya hari ni aku tidak keluar makan, perut masih terasa kenyang, banyak lagi kerja yang menanti. Aku melihat kiri dan kanan, fail-fail yang berselarakan diatas meja, yang mana harus aku mulakan dahulu? saraf sinaps dalam otak ku mula bergerak, aku memikirkan yang mana harus di siapkan dahulu. Aku mencapai fail Alumni, panggilan harus dibuat kepada bekas pelajar bagi memastikan kehadiran mereka ke Majlis Makan Malam sabtu ini. Mungkin aku terpaksa mengorbankan cuti hari sabtu untuk turut serta kerana aku merupakan penyelaras Alumni. Aku mengkerutkan dahi, tiada idea lagi untuk meneruskan tarian tangan atas papan kekunci, emosi harus direhatkan seketika.

 

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...