CORETAN PAGI

Pagi ini cuaca agak baik, seperti biasa aku akan bergegas ke tempat kerja agar tidak lewat. segala sarapan yang disediakan oleh seorang ibu setia telah sedia ku jamah, hari ini aku tidak membawa motosikal sebaliknya mood memutuskan untuk aku menaiki kereta ke ofis. Dalam pemanduan yang agak tenang sambil radio Hot FM ke udara mendengar celoteh AG membuatkan aku tersenyum sendiri.

Aku sampai di pintu ofis terus saja "tumb print" dikala masa menunjukkan pukul 8.28 pagi, huh! nasib tidak lewat. terus aku melangkah ke bilik pejabatku, ada kerja yang perlu dibereskan. aku merebahkan diri di dada kerusi empuk~ komputer terus di "on" kan. Aku melihat ke luar jendela, terasa hari ini agak sunyi dan kebiasaannya situasi begini akan dirasai apabila semua "staf"sudah pulang dari kerja, kerana aku sering pulang lewat bagi menyelesaikan pekerjaan yang tidak pernah susut. Minggu ini kerja ku agak perlahan dan tidak tergesa-gesa mungkin kerana minggu ni pelajar berada dalam minggu peperiksaan~ 

Mata ku kembali menatap skrin komputer melihat komen dari rakan dan pelajar dalam laman sosial 'Facebook" alat menghilangkan tension, namun segera dikawal agar tidak mengganggu kerjaku. Yer lah! kadangkala ia akan membuatkan aku leka sehingga terlupa kerja yang berlambak-lambak dan akhirnya kerja tak siap terpaksalah menghadap pengarah.

aku menutup fail seketika, terasa pagi masih awal, aku ambil sebuah buku yang ku beli ketika membuat promosi pendidikan di sebuah sekolah minggu lalu. "Travelog Hidayah" tajuk yang menarik minatku untuk mendapatkan buku tersebut, ianya tulisan Muhammad Rashidi Abdullah. Aku selak helaian satu persatu, terdetik dalam fikiranku untuk menulis kembali salah satu petikan dari buku tersebut berdasarkan pengalaman penulis yang asalnya bukanlah penganut agama islam, mungkin ianya dapat dikongsi dan difikir bersama.



Ku Sangka Mereka Bijak (Travelog Hidayah)

sering kali saya berdepan dengan rakan-rakan Muslim di mana pun, sama ada di kelab malam, disco atau restoran di pusat membeli belah. Satu kekaguman yang dapat saya rasai pada diri mereka namun tiada pada diri saya ketika itu. Apa itu ya?
Jawabnya, menjadi orang terpelajar, graduan lepasan institusi pengajian tinggi. Berbual dalam Bahasa Inggeris mengenai kerjaya dan tugasan-tugasan penting menyerlahkan kecerdikan mereka.Dengan gaya terkini, fesyen terkini dan cita rasa terkini, menambahkan lagi kecerdikan mereka. terselit perasaan cemburu. Mengapa aku tidak ditakdirkan seperti mereka?

Subhanallah, selepas saya memeluk Islam, baru saya dapat menilai erti kecerdikan yang sebenarnya. Terlalu besar hikmahnya, apabila saya tidak ditakdirkan menjadi atau termasuk dalam golongan mereka. ini membuktikan lagi betapa Islam itu terlalu indah.

Teringat pesan guru saya: "Ingat, dalam dunia ini ada dua golongan manusia yang cerdik. Pertama, mereka yang sentiasa mengingati mati! kedua, mereka yang melakukan apa jua pekerjaan, pekerjaannya bukan sekadar terhenti di dunia. Namun pekerjaannya menuju ke akhirat walaupun dirinya masih didunia."

Subhanallah, pesanan itu benar-benar membuatkan saya menitiskan air mata, saat kami sedang mengkaji kitab Tazkirah al-Qurthubi. Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan, walaupun hebat dan canggih sekalipun, hingga mendapat pelbagai pengiktirafan manusia, tidak mendapat pengiktirafan dari Allah andai di fikirannya hanya memikirkan keuntungan, nama dan pengiktirafan didunia semasa hidupnya. Tiada di benak fikirannya manfaat bagi manusia dan meninggikan imej syiar islam.

Pesanan dari insan dhaif ini, Jangan fikirkan apa yang islam dan umat islam berikan kepada kamu. Fikirkan apa yang mampu kamu beri sebagai sumbangan kepada islam dan umat islam!"

                    Nabi ketika ditanya: "Siapakah orang yang paling cerdik?"
                    Lalu nabi menjawab: "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak 
                    mengingati mati, dan bersiap sedia bagi (kehidupan) selepasnya. mereka 
                    itulah orang yang cerdik."

Indahnya Islam, pandangan terhadap orang yang cerdik pandai itu tidak dilihat dari sudut pencapaian dalam akademik dan bidang yang diceburi semata-mata. Orang yang bijak itu rupa-rupanya orang yang sentiasa mengingati mati! Justeru, sentiasa mempersiapkan dirinya bagi menghadapi saat kematian. Sesuatu yang tidak pernah saya pelajari dalam Kristian!.
Fikiranku melayang saat ku membaca petikan ini, aku pandang sekeliling dan berfikir betapa sesatnya manusia hari ini dan jauhnya aku hari ini dengan kecantikan tamadun Islam yang dibawa oleh Rasulullah. sehingga manis itu lenyap terus dari pandangan majazi.Adakah lagi manusia yang dipandang cerdik dengan elemen Rasullullah itu? mungkin ramai manusia diluar sana semakin bodoh dengan taraf dan jawatan mereka. terasa diri ini amat kecil dan dhaif kerana belum lagi kecerdikan itu sampai kepada aku..

aku kembali bersandar, buku tersebut terus ditutup , jam hampir pukul 10.00 pagi, aku meneruskan kerja dan kembali menelaah fail kaunseling. Semoga hari ini akan terus indah. 


Comments

  1. best tak???aku nak beli gak arr~

    ReplyDelete
  2. best gak...ak pon tgk tajuk cam best belek2 terus jatuh hati nk beli...tp ikut org gak..bg ak ok la tuk wat teman memandu jalan~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...