monday blues!!!





Aku dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu, suara ibuku nyaring mengejutkan aku untuk bersolat, ibuku cukup prihatin bab-bab solat ni,mungkin sebab itu aku dididik untuk takut meninggalkan solat. Jam tangan diatas meja menunjukkan jam 6.30 pagi, aku bangun penuh longlai mencapai tuala yang tersangkut di kerusi.

sesudah solat subuh, aku bersandar dikatil, pagi terasa masih awal untuk bersiap ke tempat kerja, hermm! hari ini hati terasa tidak selesa memikirkan hal yang berlaku pada hari sabtu lalu. ak mencapai novel Blues Amni"OH! kerja" yang ku beli sewaktu lepak dengan kawan hari tu. 



Aku menghabiskan satu bab, ceritanya membuatkan aku ketawa kecil dan fikiran terbang melupakan segala masalah.Aku pastikan hanya satu bab sahaja yang sempat ku baca, kalo lebih nanti terlewat pula pergi kerja. Jam ditangan menunjukkan pukul 7.30 pagi, aku terus bersiap mengenakan baju kemeja putih iaitu baju rasmi hari isnin, terasa macam budak sekolah pulak. aku berada didepan cermin membetulkan rambut kusutku, jelas muka ku nampak muram.

Kebiasaannya ibuku akan menyiapkan sarapan pagi tapi hari ni aku malas nak bersarapan pagi dirumah, aku terus mencapai helmet dan menghidupkan enjin 125 Z ku, sesudah sampai di pejabat ku lihat parking kereta Mem N  kosong, mungkin bos ku belum datang lagi, harap-harap Mem N tak datang hari ni, baru terasa kerja dengan tenang dan aman. Tapi andaian ku meleset, Men N tetap ada cuma dia menghadiri bengkel ISO.

aku meneruskan langkah kaki untuk ke bilik pejabatku, beg galas diletakkan di tepi dan aku terus bersandar di kerusi empuk, aku mendengus panjang, hal itu membuatkan aku betul-betul kusut. sedih, marah bercampur baur dalam benak. 


                                                       
aku menekan butang on komputer, tiada apa yang menarik perhatianku pada laman sosial Facebook, perut terasa lapar, "dengan siapa aku nak ajak berteman sarapan pagi diluar?", aku mengeluarkan telefon bimbit dari kocek dan menelefon rakan sekerja untuk mengajaknya sarapan, namun jawapan kecewa yang ku terima kerana dia terlalu banyak kerja. terpaksalah aku turun ke cafe mencari makan, ternyata cafe tiada banyak pilihan, biasanya ini akan terjadi setelah semua pelajar bercuti semester, yang tinggal hanya pekerja dan pensyarah sahaja. "kesian perutku" aku mengusap-usap perut. 

ting!ting! bunyi mesej yang kuterima dari nombor  kerani bahagian pengurusan, nasib baik dia ada untuk ajak aku sarapan bersama penolong akauntan. dengan menaiki kereta kancil kami berlalu mencari kedai makan.

aku kembali ke meja kerjaku, terasa kenyang yang amat sangat membuatkan kepala sedikit letih. baru sekejap tadi seorang pensyarah memintaku untuk mencari 5 orang bekas pelajar untuk menghadiri Majlis Makan Malam Alumni. setelah panggilan dibuat aku terus mencapai fail dan kerja-kerja yang masih belum selesai.

mungkin nanti ada cerita, harap hari ini perjalanan kerjaku berada dalam keadaan selamat. aku menutup laman blogku dan kembali menumpukan kerja hakiki. 


Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...