mesti teruskan...

pagi melampiaskan cahaya dhuha, hiruk pikuk jalan raya tidak pernah surut saat manusia bergegas ke tempat kerja. Motosikal ku meluncur laju, mengejar masa yang tinggal beberapa minit sebelum catatan waktu  bertukar merah. kalau lambat terpaksalah mengadap bos memberi alasan. sesampainya aku di pejabat, nafas panjang dilepaskan tanda lega, aku sampai tepat jam 8.30 pagi. seperti biasa di meja kaunter pejabat terletak surat khabar yang baru sampai, aku mencapai dan membelek isu-isu hari ini satu persatu.  ternyata pelbagai isu membuatkan nafas mendengus kesal. pembuangan bayi lagi! rungutan tercelah dari mulutku...

teringat pada kerja-kerja yang masih belum selesai di bilik pejabatku di tingkat 3, aku terus meletakkan semula surat khabar dan terus naik ke bilikku menggunakan lif. hati terasa gundah gulana seakan ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lihat diatas meja penuh dengan fail-fail yang masih belum sempurna. mata seakan berat dan sedikit bosan kerana setiap hari kerja ku tidak pernah surut. kalau nak mintak cuti pun seperti tidak terasa kenikmatan cuti kerana panggilan bos tidak pernah berhenti mengganggu walaupun aku sedang bercuti. semuanya atas alasan kerja.

mahu sahaja aku menamatkan segala kebosanan kerja. "beri sahaja surat letak jawatan kepada pengarah" id mula bertindak. "tapi kalau berhenti aku nak buat apa bukan senang untuk cari kerja pada zaman ekonomi tidak begitu stabil," superego mencelah. nak tak nak kene teruskan juga. mungkin satu hari nanti akan ada peluang yang lebih baik. egoku bertindak waras. sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman kerana kalau nak pohon kerja lain setidak-tidaknya perlukan pengalaman. huh~ sukar untuk aku membuat keputusan. teruskan usaha untuk melihat iklan di internet kalau-kalau ada kerja kosong.

Comments

  1. Keje la bro...adik2 yg kuar neh dah 2 bulan tanam anggur..aiyak...anyway..nice blog...^_^

    ReplyDelete
  2. ko nak kerja jadi PA aku tak amat??? hahahaha

    ReplyDelete
  3. ahahahahah...kalo gaji lg tinggi..cuti bnyk...keje relek aku nak jer...hahahahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...