sedikit coretan melepaskan geram pada diri...ternyata aku insan lemah...


Temuduga semalam ternyata membuahkan kehampaan. Aku kehilangan teori dan apa yang telah ku pelajari semasa di Universiti dahulu nyata sia-sia kerana aku tidak gunakannya semasa aku bekerja.

rasa marah dan geram bercampur-baur. memandangkan aku baru setahun jagung dalam bidang ini namun aku dihantar untuk menghadiri temuduga ini bagi memperoleh malu dan nampak diri seakan bodoh.

Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasa ini tidak dapat di tahan lagi. tapi Alhamdulillah aku ada rakan yang memahami dan kesabaranku menjadi tunjang untuk aku mengorak langkah dengan lebih bijak. mungkin ini semua dugaan agar aku menjadi lebih berhati-hati.

esok aku akan mendaki gunung bersama beberapa orang pelajar. moga esok dapat memberikan ketenangan disebalik kehijauan Alam yang akan ku teroka dan memberikan aku inspirasi agar merancang hidup dengan lebih sempurna.

mungkin aku seorang yang mudah tertekan dengan keadaan, namun sebagai orang yang harus bijak mengawalnya aku harus mampu menilai setiap tindak tanduk agar aku dapat meletakkan bidangku sebagai satu kepakaran.

Comments

Popular posts from this blog

terima kasih atas pemberian itu...

KISAH SEMALAM (1)

Pocket Inspired: Tentu nak wangi