tangan menari lagi...tarian jalanan....
ada sahaja yang berlegar-legar di benak hati..fikiran melayang terbang, aku terasa seakan bodoh...memikirkan sesuatu yang kadangkala mengganggu jadual harianku...
cinta...
terlalu dalam untuk aku menyelami rasa itu..
selalu sahaja tewas pada sebuah mainan kehidupan...
dia seakan datang dan pergi...ada kalanya sepi...
mata merenung jauh..cari-cari perihal diri untuk aku mampu menggapai sebuah cinta abadi...
kerjaya..
sesak nafas...buntu fikiran...hati kacau bilau..semudah itu aku mencapai kerunsingan...
terasa ada sahaja yang mempertikaikan cara ku yang agak lembap bekerja..
banyak pula yang dipersoal...kepakaran ku hilang dalam samar..
ada juga mata yang melihat tajam, tanda mencari kelemahan...
ceritera terindah..
hanya dia yang bertakhta...ilangkan rasa gundah...
sudah dua malam aku bersamanya bercerita tentang kehidupan
kadangkala aku terlupa bahawa dia masih ada untukku...
kadangkala terasa diri ini kerdil kerana aku masih muda dalam menilai soal hati dan perasaan.
terima kasih harus ku ucapkan kerana dia hadir saat aku berada dalam kesepian...
Emak
permaisuri hati yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini..
tidak sempat aku ucapkan kata manja ucapan hari lahir..
cuma sempat mempelawa untuk makan malam...
kesempatan ini buatkan hatiku sayu mengenang pengorbanannya...
SELAMAT HARI LAHIR IBU...
betapa hati ini tahu yang aku seluruh jiwaku menyayangi dirimu...
Comments
Post a Comment