Posts

Showing posts from August, 2013

DADDY-TO-BE....

Image
Asyik dengan entry tentang kehidupan orang lain sehingga aku terlupa tentang kehidupan aku yang ntah esok lusa akan jadi bapak. Sengaja untuk membangkitkan rasa gemuruh yang baru terjadi saat aku sudah mula mencari barang kelengkapan untuk isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Pada ketika itu baru terasa debaran seolah aku sebenarnya tidak berpijak bumi yang nyata. aku bakal jadi seorang bapa??!! bunyi terasa lawak, namun lawak itu tak boleh diguna pakai dalam situasi aku sekarang ini. Persediaan harus ku susun rapi bagi memastikan kelahiran anak aku nanti tiada masalah. moga Allah permudahkan... Biasalah anak sulong..... macam-macam bermain dikepala, lantak apa orang nak kata, setiap manusia berbeza rasa dan cara, begitu juga aku yang sedang cuma mengalami situasi ini. macam-macam nasihat diterima, semuanya menyedarkan aku agar lebih bertanggungjawab. InsyaAllah segala berjalan dengan lancar. kesihatan aku akhir-akhir ini sedikit terganggu, baru sekejap tadi isteri terci

!@#$%%^&*()__+_@##$#@%^&&*(*&%^%^^&*(

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam... Sudah jengah hari khamis...ada banyak kerja namun tekanan kerja tidak sesesak isnin lalu. Saja mahu santai, sambil-sambil menulis apa yang patut. kejap-kejap otak menjadi tepu, fail dan laporan yang tak sudah masih bergelumang di atas meja. ahhh!! tinggal kejap lalu berjalan meninjau kawasan sekangkang kera kolej tempat kerjaku.. Macam biasa mata tak henti perhati setiap sudut gelagat pelajar lalu lalang dengan gaya trend K-Pop. aku hanya tersenyum... mata semakin liar mencari bahan. bahan untuk aku cipta watak dalam imaginasiku. ternyata semuanya sama sahaja. masih belum nampak belang mereka.. Hari ini agak lengang, tidak seperti semalam. Hati seperti mencari-cari sesuatu yang ada dekat-dekat sini namun gagal dijumpai. Keluar masuk aku ke kafe baru yang entah bila siap renovation. Tender baru sehari dua namun sudah ada rungutan harga...itu perkara biasa... Otak kembali ringan seakan PC yang baru sahaja di format. aku

HIDUP DISEBALIK GENRE....

Image
kadangkala manis itu jika dibiar lama akan berubah rasa, ombak pantai adakalanya bertukar badai, air yang tenang adakalanya berkocak. semua itu tertulis menggambarkan bahawa lukisan itu hidup, tambah menghidupkan lagi apabila manusia hidup dalam pelbagai genre kehidupan membawa bersama-sama alunan irama, adakalanya balada, adakalanya rock, dan ada juga irama asli tradisional. Dunia itu indah seindah ciptaan Allah yang maha esa. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari menikmati semua genre yang ada, namun jika kita hitung saat ini berapa banyak genre yang kita bawa untuk dimuatkan dalam album kehidupan kita, atau mungkin juga satu genre sahaja yang dimuatkan dalam album menjadikan kehidupan itu satu warna. Aku bukan percipta lagu atau komposer, bukan juga penulis lirik, atau penyanyi yang bersuara lunak, aku hanya penulis yang menulis berdasarkan plot kehidupan yang di dalamnya penuh tragedi, tragedi milik aku atau juga orang lain, ia bukan kisah rekaan yang terhasil dari

DIRGAHAYU BUMIKU TERCINTA...

Image
Dahulu bumi menangis atas noda manusia sehingga kini tangisan itu menjadi teriakan bumi luka parah atas kesilapan manusia, Manusia seperti lupa diri, tiada tuhan... tidak sesekali mereka mencari tidak pula mereka menyedari, Hati sudah jadi keras sekeras batu yang berada dalam teduhan jika dibaling luka parah parah yang membawa seribu resah Tiada lagi rasa kemanusiaan juga rasa keprihatinan apa salah mereka? apa dosa mereka? Negara islam luka berdarah teriakan tangisan meminta belas kita diluar hanya memandang semakin jauh sayup-sayup kedengaran akhirnya hilang.... Wahai teman seluruhnya!! islam harus diperjuangkan bukan dibiar berkembang dengan duduk dan bergelak ketawa!! Wahai teman!! mereka saudara kita! berilah harapan kepada mereka! agar mereka pula dapat membela kita! Namun itu hanya gema... gema dari dalam gua yang tiada siapa mendengar... jika terdengar angkat dua tangan katup telinga tutup erat-erat... Kita tidak henti lagi beraya...

INI DUNIA KU...(RAMADHAN SYAWAL)

Image
berada di pagi dhuha jumaat terakhir Ramadhan pandangan liar mencari-cari ilham jari menaip laju carian maklumat untuk dimuat dalam blog usangku Ramadhan syawal datang dan pergi pergi yang meninggalkan kenangan yang berbeza ianya mengikut usia aku masih di takok lama masih mencari-cari dunia sebenar dunia yang sebenarnya luas dengan pelbagai gejolak namun aku masih di dunia ku yang dikatakan aman dan makmur duniaku hanya berlaku keruntuhan moral yang mana itu bukanlah masalah besar dan tidak sesekali menggugat kehidupan duniaku disini kerana duniaku masih aman ramadhan dan syawal masih meriah makanan banyak disini semuanya cukup duniaku kaya dengan sumber... tapi aku masih ditakok lama kerana duniaku... aku tidak pernah sesekali keluar darinya mencari dunia lain dunia yang berbeza jauh dari dunia amanku aku sebenarnya berada dalam dunia yang penuh kelembutan yang semakin membuatkan aku lemah aku hanya dapat melihat kekuatan orang lain melalui kaca tel