DADDY-TO-BE....

Asyik dengan entry tentang kehidupan orang lain sehingga aku terlupa tentang kehidupan aku yang ntah esok lusa akan jadi bapak.

Sengaja untuk membangkitkan rasa gemuruh yang baru terjadi saat aku sudah mula mencari barang kelengkapan untuk isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Pada ketika itu baru terasa debaran seolah aku sebenarnya tidak berpijak bumi yang nyata.

aku bakal jadi seorang bapa??!! bunyi terasa lawak, namun lawak itu tak boleh diguna pakai dalam situasi aku sekarang ini. Persediaan harus ku susun rapi bagi memastikan kelahiran anak aku nanti tiada masalah. moga Allah permudahkan...

Biasalah anak sulong..... macam-macam bermain dikepala, lantak apa orang nak kata, setiap manusia berbeza rasa dan cara, begitu juga aku yang sedang cuma mengalami situasi ini.

macam-macam nasihat diterima, semuanya menyedarkan aku agar lebih bertanggungjawab. InsyaAllah segala berjalan dengan lancar.

kesihatan aku akhir-akhir ini sedikit terganggu, baru sekejap tadi isteri tercinta menghantar pesanan ringkas bertanya kesihatan dengan ayat menyentuh "jg kesihatan...honey dan baby x ready lagi hidup tanpa abang", agak nakal disitu...

Apa pun mohon doa agar kesihatan yang baik berpanjangan...............................................menghitung hari yang kala ini menjengah minggu ke 32...


-nafas sangkut-sangkut-
meja mengaji
bersama diari pagi dhuha
11.14 minit pagi..

Comments

Popular posts from this blog

JAHIL

BAHAGIA UNTUK SEORANG BAPA

erti sebuah pemberian