!@#$%%^&*()__+_@##$#@%^&&*(*&%^%^^&*(

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam...

Sudah jengah hari khamis...ada banyak kerja namun tekanan kerja tidak sesesak isnin lalu. Saja mahu santai, sambil-sambil menulis apa yang patut. kejap-kejap otak menjadi tepu, fail dan laporan yang tak sudah masih bergelumang di atas meja. ahhh!! tinggal kejap lalu berjalan meninjau kawasan sekangkang kera kolej tempat kerjaku..

Macam biasa mata tak henti perhati setiap sudut gelagat pelajar lalu lalang dengan gaya trend K-Pop. aku hanya tersenyum... mata semakin liar mencari bahan. bahan untuk aku cipta watak dalam imaginasiku. ternyata semuanya sama sahaja. masih belum nampak belang mereka..

Hari ini agak lengang, tidak seperti semalam. Hati seperti mencari-cari sesuatu yang ada dekat-dekat sini namun gagal dijumpai. Keluar masuk aku ke kafe baru yang entah bila siap renovation. Tender baru sehari dua namun sudah ada rungutan harga...itu perkara biasa...

Otak kembali ringan seakan PC yang baru sahaja di format. aku kembali ke bilik mengajiku, hanya ini coretan yang sempat aku lakarkan.

Ingat!!! setiap sudut yang berlaku adalah Drama kehidupan......



jalan-jalan cari ilham
11.50 minit pagi
sempat bila air milo bungkus
-buat alasan cari teman sembang-

Comments

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...