INI DUNIA KU...(RAMADHAN SYAWAL)

berada di pagi dhuha jumaat terakhir Ramadhan
pandangan liar mencari-cari ilham
jari menaip laju carian maklumat
untuk dimuat dalam blog usangku

Ramadhan syawal datang dan pergi
pergi yang meninggalkan kenangan yang berbeza
ianya mengikut usia
aku masih di takok lama

masih mencari-cari dunia sebenar
dunia yang sebenarnya luas dengan pelbagai gejolak
namun aku masih di dunia ku
yang dikatakan aman dan makmur

duniaku hanya berlaku keruntuhan moral
yang mana itu bukanlah masalah besar
dan tidak sesekali menggugat kehidupan duniaku disini
kerana duniaku masih aman

ramadhan dan syawal masih meriah
makanan banyak disini
semuanya cukup
duniaku kaya dengan sumber...
tapi aku masih ditakok lama

kerana duniaku...
aku tidak pernah sesekali keluar darinya
mencari dunia lain
dunia yang berbeza jauh dari dunia amanku

aku sebenarnya berada dalam dunia yang penuh kelembutan
yang semakin membuatkan aku lemah
aku hanya dapat melihat kekuatan orang lain melalui kaca televisyen
kekuatan yang memaksa diri manusia dunia lain bertindak
di luar jangkaan....

terasa dayus....
terasa hina...
terasa berdosa...

kerana di dunia aku aku bebas bersuara, bergelak ketawa
mana-mana sahaja aku boleh makan
semuanya enak-enak
yang murah dan mahal semua ada..

aku seperti buta
sedangkan dalam masa yang sama
saudaraku dunia lain
mencari kekuatan untuk hidup
tiada makanan apatah lagi kesenangan

patutkah aku bersyukur atas nikmat kepada duniaku dan tidak pada dunia lain???
duniaku yang kaya seolah mentertawakan dunia miskin yang lain
duniaku adalah dunia atasan dan tidak sesekali dekat dengan dunia hamba dan hina mereka
hati membuak-buak untuk aku diberi petunjuk
agar aku dapat keluar dari dunia hipokritku
yang hanya mempertahankan kebendaan
sehingga agama jadi mainan...

aku nampak dari kaca mata mereka ditelevisyen
air mata suci gugur saat semuanya hilang dihadapan mata
mereka sekadar redha dan pasrah
mengumpul kekuatan dari tuhan mereka
dan bersabar atas muslihat dunia lain
dunia aku tidak terkecuali
duniaku mentertawakan mereka...
ketawa puas...

tulisan ini berharap agar suatu hari nanti aku dapat mengembara ke dunia lain
dunia saudara-saudaraku
bersahur, berbuka dan beraya bersama mereka
agar aku tahu bahawa betapa indahnya
nikmat dan dugaan yang tuhan kurniakan
agar tidak sesekali aku menjadi ALPA...



salam pengakhiran ramadhan
bilik mengaji
kuih raya atas meja untuk mak abah...








Comments

  1. Assalamualaikum. sangat menarik madah bro ini. teruskan berkarya

    salam ramadhan daripada saya

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/iklan-raya-2013-iklan-raya-maxis.html

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana membaca....insyaallah ini juga perjuangan.
    .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BICARA HATI

HARI CATATAN~

terima kasih atas pemberian itu...