Posts

pujuk hati yang geram!!!!!

Image
S emakin lama semakin biul jadinya~ entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku tidak dapat meletakkan manis waktu melakukan sesuatu kerja~ peluang masih belum menyebelahi aku yang duduk atas kerusi dan tempat yang sama namun masih tidak stabil posisinya...dan selagi itu aku sukar untuk merobah status gilaku apabila berhadapan dengan kerja hakiki...tatkala berkomunikasi dengan orang yang bongkak lagi sombong dan berbangga dengan ilmu dan pangkat yang hanya separas buku lali dan tidak sesekali menidakkan arahan yang diberi akhirnya aku yang menjadi mangsa. setiap hari fikiranku dilanda kekacauan..bagaimana untuk aku hentikan semua ini? bagaimana untuk aku mengelak dari berurusan dengan manusia bodoh sombong seperti mereka? mahu tidak mahu aku terpaksa...tidak lagi nampak tanda-tanda yang aku hanya sebentar di sini, entah kenapa kerja ikhlas yang kulakukan sering dipersoalkan dan akhirnya aku juga dipersalahkan kerana menjadi orang yang bertanggungjawab melakukan kerja mereka...arghhhh...

mahu tak mahu!!!!!

Image
"Aku tak mahu yang itu..aku tak mahu yang ini...tapi yang ini macam best...yang itu pon ok...kusut!! semua benda ko nak yang mana yang ko betul-betul nak pun aku tak tahu!!" kadangkala kalau banyak benda yang cantik tapi bila hanya boleh pilih satu, adalah sukar bagi kita untuk membuat pilihan. kadangkala juga bila kita telah memilih, sampai sahaja dekat rumah kita terfikir tentang satu lagi, mungkin dirasa lebih cantek..."kalau pilih yang tadi mesti lagi ok"...telah timbul rasa kesal... Itu biasa berlaku kepada manusia yang tidak dapat lari dari kehendak yang kadangkala lebih dari keperluan~ Begitu juga     kau!!!        kau!!!      kaulah!!!    siapa lagi kau yang tengah baca entry aku ni!!!       yer kau!!! dulu sebelum dapat sesuatu akan timbul rasa "kalau dapat itu pon aku dah bersyukur sangat-sangat tidak payah lebih-lebih"...tapi setelah dapat apa yang ka...

BINGKISAN PAGI DHUHA

Pandangan aku masih di jendela, idea seakan lambat untuk sampai ke kotak minda. Hari isnin permulaan hari bekerja bagi warga kota dan mungkin juga hari kejutan saraf otot kepala untuk kembali bekerja setelah ianya direhatkan untuk dua hari. Matahari pagi dhuha melampiaskan cahaya samar-samar masuk ke tulang tingkap. ketiadaan orang besar menghilang rasa kekusutan. kejap-kejap rasa itu menjadikan sedikit buas, namun tanggungjawab itu menutup segala kejahatan. Aku ketawa kecil... ketawa yang sentiasa ada penyambungnya aku percaya pada kelebihan waktu ini.. Ianya memberi harapan dan keyakinan pagi yang mana manusia mengatur segala-galanya bagi mempersiapkan segala kemungkinan Isnin yang tidak akan lenyap, begitulah putaran 360 darjah bumi pada paksi aku hanya membingkiskan coretan pembuka pagi isninku cahaya itu semakin membahang, tanda matahari semakin mencacak~ pagi dhuha bakal diganti waktu zohor~ dalam pejabat 9.30 pagi Isnin 2 april 2012 p/s : perut tengah kenyang m...

berkejar masa

"masa itu sering mencemburui kita" kata yang x putus2 aku dengar seawal aku dibangku sekolah. namun saat ini aku memahami makna setiap waktu yang aku lalui, sering tidak cukup masa segalanya berlaku dan berlalu dengan pantas, aku mengejar, mengejar dan mengejar lagi semakin aku kejar semakin jauh untuk menggapai, namun aku tidak dapat berhenti, mengejar bukan sekadar impian tetapi sebuah kedudukan. yang ku kejar itu tiada pemiliknya, walaupun seakan bodoh mengejar rugi... bodoh! bodoh! bodoh! aku marah?? tetapi kepada siapa?? kepada diri? aku semakin lemah.. ada yang tidak perlu mengejar hanya tunggu, tunggu dan tunggu, mereka gembira.. mungkin mereka bijak, bijak menunggu peluang aku hanya tersenyum dan kadangkala gagal. aku masih berkejar... kejar lagi dan lagi... masa terasa sempit... usia semakin meningkat, takut tiada masa selagi ada masa aku akan terus mengejar dan berkejar... * saat mata berat    3.15 petang    bilik pejabat tingk...

kerja Hujan

suhu berada pada takat beku saat mata tertumpu pada kaca tingkap mendung datang lagi, kini membawa bersama hujan waktu ini seakan mata mahu lelap tatkala perlumbaan berlaku diluar sana kerja hakiki menjadi bahan untuk tidak senang duduk mengejar dateline itulah manusia bekerjaya sana sini ada sahaja gayanya kadangkala tidak sempat menghitung saat lapar dan rehat tangan laju mencakar papan kekunci orang lalu lalang tidak dihirau apatah lagi mengenal mereka apabila penat lagu bayangan jadi peneman menghilangkan gusar, hilangkan tekanan.

untuk tahun yang sibuk

Image
hari ni telah masuk bulan yang ketiga untuk tahun 2012, dan hari ini juga aku mendapat peluang yang hanya seketika mencoret isi hati bersama pengalaman yang dirasa sebagai pembuka tahun 2012, sudah lama rasanya aku tinggalkan blog ini dek kerana kerja-kerja hakiki yang tidak putus2 membelenggu hidupku. itulah yang dikatakan dunia pekerjaan. aku terus mengorak langkah sebagai peneman buat anak muridku dikala berada dalam duka, kerana itulah tugasku, kadangkala aku perlu bertindak sebagai guru, ayah, abang, mahupun sahabat. bukan mudah untuk mendekatkan diri dengan pelajar2 ku yang pelbagai ragam. mungkin kerana mereka aku terus utuh disini selama hampir setahun setengah sedangkan pada mulanya aku menyimpan hasrat berundur diri dari profession menolong ini. bukan mudah juga untuk bertindak neutral tanpa menyebelahi mana2 pihak apatah lagi untuk menjadi orang yang disayangi. hari ni mood bekerja agak kurang, terasa penat dan berat kepala. ideaku yang padat membuatkan aku berhenti sek...

LENGANG

Hari ini suasana agak sunyi dari yang biasa. ternyata ramai staf masih bercuti..aku bekerja seperti biasa. nasib baik ada teman2 yang lain. mata agak berat kerana malam kelmarin aku tidur lewat, ntah apa yang difikir, emosi itu membuatkan aku sedikit terkasar dengan tunangku. Sorry...hanya itu yang mampu aku taip pada skrin telefon bimbit untuk dihantar kepadanya. Aku terasa sukar untuk mendapatkan keyakinan dan kegembiraan. semakin peluang ada semakin terasa sukar untuk aku melangkah, Ya Allah ! kuatkan lah hati ini. bukakanlah jalan buatku... jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, banyak kerja yang harus aku bereskan. hal semalam masih sukar untuk hilang dlm ingatan sehingga terbawa ke dalam tidur.perihal duit yang tidak sudah2. Duit seperti air terjun yang mengalir deras. keperluan hanya keperluan dan membataskan kehendakku. aku menghitung hari depan. ntah apa akan jadi.