Posts

Pocket Inspired: Tentu nak wangi

Image
Pocket Inspired "Your inspiring fragrance" ü   Didatangkan dengan   3 jenis Wangian ü   Sesuai dibawa Solat ü   Wangian tahan sehingga 24 jam ü   Wangian berkualiti dengan botol bersaiz poket Yang sesuai dibawa kemana sahaja. ü   harga Yang mampu milik dengan promosi Yang menarik. Wanita; Pocket Desire Wangian Manis bunga- bungaan, Diisnpirasikan daripada Wangian antarabangsa Forbidden Rose, Untuk wanita Yang berani dan yakin. Keinginan para wanita hebat yang Berjaya dan menawan. Sesuai Untuk dipakai ke mana sahaja, ke Majlis makan Malam, ke pejabat, juga sesuai Untuk dipakai dirumah. Pocket Pink Haruman klasik yang indah buat wanita hebat, Diisnpirasikan daripada wangian antarabangsa Victoria Secret, Buat mereka Yang mementingkan Gaya, tampil hebat dan sentiasa nampak cantik idaman para jejaka. Sesuai dipakai ke majlis- Majlis keraian, makan malam, temujanji, shopping dan sebagainya. Pocket Gold Wangian ...

ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Assalamualaikum w.b.t Moga ada yang tersinggah di entry ini juga blog usang ini walaupun ianya sudah ketinggalan zaman, saat teknologi semakin pesat, media sosial tempat menyampaikan apa sahaja, baik info mahupun omongan yang mudah sahaja dilihat dan dibaca. Aku berdoa agar blog ini dapat dijenguk oleh mereka-mereka yang mencintai ilmu dan mungkin juga pendosa seperti aku mencari sesuatu yang dapat menyuntik hati. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, sehari demi sehari penulisan ini terasa semakin membuatkan aku mahu menggunakan perkataan sopan dan manis tidak seperti entry awal saat blog ini dibuat. asalnya blog ini lebih kepada melepaskan rasa geram dan marah., perihal manusia yang tidak pernah habis malah sesuatu yang mempengaruhi kehidupan aku, keluh serta penat lelah semua diceritakan disini. Percaya atau tidak apa yang kita fikir dan bertindak bergantung kepada hati, pada ketika itu hati in...

BAGI AKU 2 MINIT

Bagi aku 2 minit... malah mungkin tidak sampai masa itu. Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Maha Kaya Cinta ALLAHUAKBAR!!! masih aku bernafas walau dalam angin sesat yang mengkaburkan pandangan... mahu aku ajak semua pembaca atau yang hanya singgah terbaca entry ini untuk luangkan hanya 2 minit untuk berfikir dan beramal  ya!! Untuk berfikir dan beramal bukan lama 2 minit... Bila sebut 2 jam mungkin ramai mengeluh, waima 30 minit pon mungkin ada yang mungkin beralasan... "ada kerja yang lebih utama untuk dilakukan". so. aku mengajak hanya 2 minit 2 minit = 1 minit berfikir sejenak + 1 minit beramal denganya bagaimana dan kenapa? sehari ada 24 jam so berapa banyak masa dalam 24 jam yang kita gunakan untuk ingat PENCIPTA memuji? bersyukur? ... bahkan ramai yang kata sudah cukup untuk solat... tapi betul ke kita betul hadapkan hati kita pada NYA time solat??? so sebab tu aku ajak semua hanya 2 minit untuk berfikir + beramal fikir apa tuj...

PUISI: pendosa di Atas BumiMU

Bulan semakin hilang seri bintang yang semakin takut berkelip bumi semakin dipijak angkuh tangan-tangan manusia tidak berbedung mata tidak dapat menipu apabila tanah ini semakin panas geram dan kesal namun aku juga pendosa terjaga pada kala subuh berkumandang Azan menghentikan lelap Alhamdulillah Allah masih sayang terkebil-kebil mata dipaksa buka segera solat diatur hati penuh dosa dan noda hamba mengadap pada Ya RAB dengan kekesalan semalam angin subuh bersama kabus kotor alam semakin berubah wajah aku Takut Ya Takut bumi semakin lelah masa mahu sahaja berhenti Dunia hampir ke garisan penamat masih adakah peluang? peluang untuk aku beroleh keampunan.. YaAllah semoga jalan itu Lurus untukku bahagia dengan keampunanMU.

motivasi 1 : KITA ORANG SUSAH

Hidup ini tiada yang mudah pendek kata semuanya susah tapi bila sebut susah seolah semua tak leh diubah... Susah bukan maksud mengelak sampai bila pun tak mampu bertapak asal semua nak yang mudah takkan kene ludah baru nak tersentak. Kau kene tahu susah kadang buat kau sedar yang susah tu tak sesukar tempuh apa je yang terpapar kene cari makan elak jadi lapar Hey bro!!! susah pe je yang kau rasa? abis dari kecik orang tua kau yg jaga tak ke susahnya mereka bila kau besar nak semua depan mata. Susah tu la dugaan hidup untuk orang yang nak kehidupan bukan untuk orang yang nak senang sikit masalah sejadah pun dah tak pandang Sebelum fikiran kau keracunan sebelum kau bersoal susah senang tengok dulu kiri kanan fikir dulu sebelum mencanang Kau kata kau susah ada lagi yang lagi susah, bukan takat kais pagi dan petang tapi soal hati pun tak mau dipandang yang penting usaha macam kita pendatang selebihnya biar Allah yang rancang Hey bro!!!...

TIADA BAKAT

Image
lukisan tangan tidak terlihat rupa tenung lama-lama tidak dapat dibaca kobek ke atas ke bawah juga sama aku capai pensel, lakaran ditambah agar nampak bernyawa agak-agak boleh dirasa.. pokok sungai 2,3 manusia lidi sebuah rumah damai gunung ganang... kicauan burung... seakan lukisan itu tidak berubah sejak hampir 25 tahun lalu aku tiada bakat itu aku tenung lagi kalau-kalau ada yang berubah Ya! ada yang berubah mata aku ligat  aku senyum tanda dapat membaca bairlah aku je tau  apa yang kau baca betulkan pinggang curi-curi masa lihat lukisan  Julai 2018 bilik kerjaya

MANA BENAR?

Tenung kiri kanan dunia tetap sama walau terdengar omongan  perubahan... kebenaran itu dusta ku alih pandangan sudut tepat manusia baru berpijak songsang dalam selaput kulit wajah terbenam muram munafik jalanan berpaut mahkota kemenangan entah beribu kali menggeleng seakan penyakit tiada sembuh lagi kuat hak terdampar lagi teguh batil menghimpit sudahlah jangan dimomok lagi perihal kebenaran.. ada waktu ada masa kiamat pasti tiba...... Jumaat //:meja kerjaya berbaju hijau berseluar yankee

SI BUDAK SUTUN

Hari ini aku simpan dalam sejarah... kisah hidup yang aku alami, mengingat sebuah perjuangan, dalam kotak memori tersemat, biarpun perjuangan yang tidak pernah didendang... Siang malam aku berpayahan mengenal diri, meruntun sanubari saat menjelang pagi, mencari ilmu bukan sekadar helaian buku... tapi realiti perit yang bakal mengubah kepercayaan... Seingat dahulu... seawal mengenal huruf, aku tidak punyai ramai kawan kerana silap pada perwatakanku apa salah aku begini??? Aku berjuang untuk menipu diri... saat kepercayaan aku dirobek... mereka yang sepatut mengasihi, aku bertanya lagi, apa salah aku? Bukan mudah... aku berjuang sendiri untuk memadamkan... segala perihal semalam, agar tidak lagi diintai, walaupun secebis harapan.. Kerana perjuangan itu.. aku dibuli... dihina... dicaci... Akhirnya ia menjadikan aku benci dendam pada kata-kata mereka yang menjatuhkan... Aku bangun!!! seolah membuktikan sesuatu, ...

NAMA AGUNG

Kebil-kebil mata Seakan mahu melihat semua Namun ianya terbatas Kabur… Aku masih dalam belaian.. Entah tangan siapa… Belaian lembut dan manja Saat lahir ke dunia… Siapa ?? Tidak dapat di cam… Namun aku masih ingat… Satu nama Keluar dari bibir orang soleh menyeru dan memuji selepas tuhan Aku seperti mahu ikut memuji Namun lidah tidak mampu berpetah Aku masih ingat Nama itu…. Nama yang disebut lembut ditelinga Aku terdiam… Seolah menghayati Nama itu bukan nama biasa Nama itu mungkin nama besar Menjadi dambaan Mungkin kekasih yang Maha Pencipta… Siapa Dia? Dimana Dia? Aku pasti bertemu dengannya MUHAMMAD S.A.W
RAMADHAN YANG MENCABAR minggu pertama ramadhan yang indah niat aku untuk lebih menghayati ramadhan kali ini soal ibadah dan puasa agar ramadhan kali ini aku lebih rasa bahagia namun Allah sentiasa menguji disebalik ujian yang mendewasakan memberi hikmah segala pengajaran disamping rezeki yang tidak pernah putus Ramadhan yang mencabar saat isteri tidak dapat melakukan banyak kerja mengurus anak-anak ternyata alahannya cukup kuat tidak terdaya.. aku ambil alih tugas dari penyediaan bersahur, kerja-kerja rumah urusan anak-anak berbuka hinggalah tidurkan anak-anak Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar Allah bagi kekuatan ibadat wajib dan sunat dilakukan walaupun penat Ramadhan yang mencabar agar berakhir dengan cemerlang bulan tarbiah segala amalan kesabaran dan ketabahan moga rezeki terus bertambah....

JAHIL

lagi jauh kau nampak  mereka salah kau jahil lagi jauh kau nampak mereka betul kau jahil lagi jauh kau nampak  mereka bijak kau jahil lagi jauh kau nampak mereka jatuh kau jahil lagi jauh kau nampak  mereka jauh kau jahil hanya orang jahil sahaja  ada banyak masa melihat jauh perihal mereka....   suntingan dari buah fikiran asal dalam catitan buku jam 10.30 pagi

BAHAGIA UNTUK SEORANG BAPA

Perjalanan aku jauh lagi seakan gagal dipertengahan bukan mudah sebenarnya memegang amanah wajib yang memang sukar untuk dielak Tidak pernah berfikir aku berada di tahap ini komitmen yang tinggi tiada lagi masa untuk berlengah Aku sering berkejar mencari kesenangan memberi penghargaan demi sebuah kebahagiaan. Pelbagai cara aku lakukan namun semakin ia menguji... menguji kesabaran dan iman... Jika dahulu aku seorang ANAK, namun ia lebih mudah daripada menjadi seorang BAPA... Namun semua itu telah diatur oleh yang Maha Pencipta aku semakin menghargai, diri aku sebagai suami dan bapa... dan yang lebih penting menghargai insan yang banyak berkorban demi sebuah kebahagiaan.... dialah ABAH dan semua bapa seluruh dunia... Kita tidak gagal namun sentiasa berusaha memberi yang terbaik demi sebuah KEBAHAGIAAN....

erti sebuah pemberian

Image
Wajah-wajah itu muncul dalam ingatan rindu untuk bertemu kerana wajah-wajah itu aku akur setiap yang tertulis semua telah ditentukan kita banyak mengeluh... sering tidak cukup kita sering menangis... terasa banyak beban kita sering terduduk... terasa tidak tertanggung dugaan Namun kadangkala kita lupa bahawa... ada lagi yang lebih sedih dari kita, ada lagi tidak cukup dari kita, ada lagi yang lebih hebat dugaannya, Ramadhan ini aku belajar erti memberi... berkongsi... mencurah... sebuah kasih sayang erti persahabatan dan cinta buat mereka yang memerlukan dan kerana itu aku makin tenang sudah cukup buat aku bahagia saat wajah itu tersenyum dan gembira mereka layak gembira seperti anak-anakku... Alhamdulillah...Aku panjatkan kesyukuran atas nikmat dan Rahmat Ramadhan kali ini banyak menyedarkan aku Allah datangkan kebahagiaan bertemu dengan mereka...

Aku Ayah dan Suami....

kebil-kebil mata ini, merah-merah tidak tertahan lalu menitis air pasrah tunduk layu gugur kesayuan melihat anak dan isteri saat aku pulang dari kerja panjang tidak tertahan rindu mendengar berita dari jauh ternyata anakku semakin menginjak bijak pelukannya erat seperti melepaskan rindu pada papanya, aku tahan sebak ini.. aku lihat disudut wajah lesu isteri ternyata puas melihat telatah dalam pelukan anak dan bapak tersembunyi satu kepahitan mencengkam sakit yang dalam! aku rangkul tangan mama naufal perlahan-lahan rasa itu aku dapat baca aku minta bersabar hanya kekuatan menjadi peneman, Semuanya ketentuan., aku berinya kekuatan kekuatan untuk mencari jalan agar tidak sesekali putus asa... kita belum lagi mahu pergi! kita belum lagi tiada harapan! hanya sedikit dugaan yang meneguhkan iman menjalinkan lebih kasih sayang Aku banyak diam! diam tanda aku tahan tahan tidak mahu tunjuk lemah hanya mahu bersabar dan tidak mahu mengeluh aku juga kadang t...

TERDUDUK...

Aku berhadapan dengan jadual songsang yang tidak pernah memberi peluang aku berhenti sebentar menarik nafas panjang dihantui suara-suara sumbang menghela nafas panas yang membuat aku tidak duduk senang... Hari berlalu sepejam aku menutup mata melupakan sisa-sisa atas langkah yang diukir tanpa pandangan sesiapa aku dengan hal aku bangun jatuh sendiri nampak selalu keji jarang dipuji. Hari ini secelik aku memadam yang lalu namun ternyata ada lagi dia disitu memandang dengki bersama nafsu kulat dan mata dosa nafas aku tersekat terduduk aku meratapi dugaan yang mencurah ternyata aku biasa punya nurani sejernih kaca mampu pecah bila-bila masa.... Aku!!!! lesu penat.. senak... pucat... semput... adakah kamu tahu!!!! Yang Aku!!!!... lesu penat.. senak... pucat... semput... mencarut lagi!!! terduduk atas kerusi mengaji muka pucat lesu hanya berbaring mengurut kepala....... 11.45 tghari..

TIDAK TAHU BERCAKAP

idea berlambak tapi sering sahaja tewas ternyata ... ilmu cetek.... ruang sempit ... akhirnya terus tenggelam~ bagaimana untuk berbakti? belum sempat membela sudah ada mencela... ternyata itu hanya cabaran cabaran yang mendorong kejayaan tengoklah nanti!!!

TOTAL

Image
Langkah masih boleh dikira tidak laju mana... sebab itu kau masih ketinggalan maka perlu berubah... Ya!! berubah secara TOTAL... ke hadapan!!..kehadapan lagi ya! jalan terus...cepat lagi!! sehingga kau dah boleh berlari....!!! -monolog dalam bilik mengaji-

itukan MELAYU...

Belum cukup mengusai kosakata untuk memberi kefahaman tentang apa yang mahu diluah sudah ada yang mencela, ada sahaja yang tidak kena itu kan bangsaku.... petah lagi mahu bertutur molek berbahasa asing cepat-cepat dibidas dengan sindiran mahu sahaja ayat disusun semuanya tergendala. Tahu yang dihadapan ini orang hebat-hebat lancar berbahasa kerana darjat pendidikan kamu tidak sesekali kamu memberi peluang mereka yang berkobar dengan lancar mahu belajar berjalan tidak sesekali kamu beri semangat lalu kamu tolaknya jatuh sejak dari itu kami takut berubah kerana malu kehadapan akhirnya mati menyimpan sejarah melayu lama warisan menjadi warisan hapus dalam zaman itukan MELAYU....

JOM JERIT!!!!

8.20 minit pagi sampai dipejabat macam biasa rutin minum di kedai kopi letak barang masuk kereta terus meluncur ke destinasi bedal nasik lemak satu pinggan bersama air milo tarik kawwww~ cerita tidak putus-putus pasal keje yang membuatkan aku hilang mood kerja.. cerita yang sama.. entah bila nak berakhir.. selesai sarapan balik ofis to do listing ada banyak benda nak kene setel wat lek wat peace buat slow2  jgn tensen2.. serius tak boleh!! mood kacau bilau nak mengadap ISO keje free2 bertimbun yang esok aku lom pasti naik gaji petah lagi bonus, stay la ngan status kontrak sampai ko mati... hitung hutang sana sini... tahan telinga silap kene maki... atlast jd sikit positif masih duduk dibumi aman ini... Arghhh!!! kenapa ini? nasib ada benda alah ni leh tulis2 lepas geram... sengaja cara pasal.... dah lepas? leh sambung blk keje pe dehal hari ni khamis esok jumaat lusa cuti yeahhh!!!! ~minta mahu tenang hanya atas sejadah mengadu padaNYA dala...

AKU TIDAK PERNAH LUPA....

Image
Mata kebil-kebil sedang tangan taip laju carian maklumat kerja makin bertimbun mata ini tidak pernah tipu.. kerna itu mata terlalu menumpu hingga aku terlepas... Hari ini hari apa? Aku menepuk dahi bukan terlupa hanya terleka hari penting buat manusia yang ISTIMEWA... Aku segera betulkan keadaan biasalah!! sering sahaja aku buat silap bukan lupa tetapi ada yang tergendala aku sorotkan dahulu.. Aku tahu dikala ini dia... muram,... sedih,.... sendiri,... terasa terpinggir... aku tersenyum dari jauh... Masih dia tidak dapat baca lagat egoku sebelum baik... kasi gaduh dulu! kasi sakit dulu ! kasi pedih dulu ! kemudian pujuk... pujuk... dan pujuk... agar kita saling menghargai... Akhirnya aku nyatakan sebenarnya.... Aku tidak pernah lupa waktu penting kau lahir ke dunia sengaja kau mahu aku jadi manusia yang terawal mengucap kata manis... Tapi aku bukan begitu kerana aku ada cara sendiri buat kau tersenyum lagi mengingati setiap detik - deti...