Posts

Showing posts from 2013

TIDAK TAHU BERCAKAP

idea berlambak tapi sering sahaja tewas ternyata ... ilmu cetek.... ruang sempit ... akhirnya terus tenggelam~ bagaimana untuk berbakti? belum sempat membela sudah ada mencela... ternyata itu hanya cabaran cabaran yang mendorong kejayaan tengoklah nanti!!!

TOTAL

Image
Langkah masih boleh dikira tidak laju mana... sebab itu kau masih ketinggalan maka perlu berubah... Ya!! berubah secara TOTAL... ke hadapan!!..kehadapan lagi ya! jalan terus...cepat lagi!! sehingga kau dah boleh berlari....!!! -monolog dalam bilik mengaji-

itukan MELAYU...

Belum cukup mengusai kosakata untuk memberi kefahaman tentang apa yang mahu diluah sudah ada yang mencela, ada sahaja yang tidak kena itu kan bangsaku.... petah lagi mahu bertutur molek berbahasa asing cepat-cepat dibidas dengan sindiran mahu sahaja ayat disusun semuanya tergendala. Tahu yang dihadapan ini orang hebat-hebat lancar berbahasa kerana darjat pendidikan kamu tidak sesekali kamu memberi peluang mereka yang berkobar dengan lancar mahu belajar berjalan tidak sesekali kamu beri semangat lalu kamu tolaknya jatuh sejak dari itu kami takut berubah kerana malu kehadapan akhirnya mati menyimpan sejarah melayu lama warisan menjadi warisan hapus dalam zaman itukan MELAYU....

JOM JERIT!!!!

8.20 minit pagi sampai dipejabat macam biasa rutin minum di kedai kopi letak barang masuk kereta terus meluncur ke destinasi bedal nasik lemak satu pinggan bersama air milo tarik kawwww~ cerita tidak putus-putus pasal keje yang membuatkan aku hilang mood kerja.. cerita yang sama.. entah bila nak berakhir.. selesai sarapan balik ofis to do listing ada banyak benda nak kene setel wat lek wat peace buat slow2  jgn tensen2.. serius tak boleh!! mood kacau bilau nak mengadap ISO keje free2 bertimbun yang esok aku lom pasti naik gaji petah lagi bonus, stay la ngan status kontrak sampai ko mati... hitung hutang sana sini... tahan telinga silap kene maki... atlast jd sikit positif masih duduk dibumi aman ini... Arghhh!!! kenapa ini? nasib ada benda alah ni leh tulis2 lepas geram... sengaja cara pasal.... dah lepas? leh sambung blk keje pe dehal hari ni khamis esok jumaat lusa cuti yeahhh!!!! ~minta mahu tenang hanya atas sejadah mengadu padaNYA dalam bi

AKU TIDAK PERNAH LUPA....

Image
Mata kebil-kebil sedang tangan taip laju carian maklumat kerja makin bertimbun mata ini tidak pernah tipu.. kerna itu mata terlalu menumpu hingga aku terlepas... Hari ini hari apa? Aku menepuk dahi bukan terlupa hanya terleka hari penting buat manusia yang ISTIMEWA... Aku segera betulkan keadaan biasalah!! sering sahaja aku buat silap bukan lupa tetapi ada yang tergendala aku sorotkan dahulu.. Aku tahu dikala ini dia... muram,... sedih,.... sendiri,... terasa terpinggir... aku tersenyum dari jauh... Masih dia tidak dapat baca lagat egoku sebelum baik... kasi gaduh dulu! kasi sakit dulu ! kasi pedih dulu ! kemudian pujuk... pujuk... dan pujuk... agar kita saling menghargai... Akhirnya aku nyatakan sebenarnya.... Aku tidak pernah lupa waktu penting kau lahir ke dunia sengaja kau mahu aku jadi manusia yang terawal mengucap kata manis... Tapi aku bukan begitu kerana aku ada cara sendiri buat kau tersenyum lagi mengingati setiap detik - deti

@#$%&^*()

Meeting lagi! hari sehari produktiviti diri semakin menurun kerja umpama hilang hatinya sukar untuk bergerak... apa boleh buat kuli!! jalan je r jatuh bangun sendiri! jom sambung kerja walau mata berat selesai melantak masa sembahyang jumaat tadi~...

CERITA KEDAI MAMAK SALAM...

Mata tidak henti melihat perhati setiap gerak geri siapa yang lalu mahu sahaja dipandang pandangan itu kosong... Telinga mendengar butir-butir yang keluar dari mulut mereka, yang tidak henti-henti meluah.. Aku kasihan kehidupan yang tidak serupa dengan mereka yang lebih ke atas, tidak mampu berkata depan-depan cuma sembang kosong di kedai kopi ditemani segelas teh tarik, dua biji Karipap rokok disedut dan dihembus pada setiap kata-kata yang terluah... Hidup sebagai kuli tidak pernah puas kadangkala rasa terancam dengan kedudukan yang belum pasti menghitung setiap saat dan minit semuanya berlaku pantas sedang dia ditakok lama, aku juga dihasut kebuntuan... Bukan mudah untuk menjadi pendengar setia Teh tarik manis dihirup perlahan bagi merasai aroma kemanisannya, salah hirup hilang enaknya, cara mesti kena dengan gaya, Berkemeja kemas bertali leher belum tentu kau banyak duit, telefon bimbit sebesar Almari tidak lekang dari tangan belum tentu kau ada p

INSAN BERNAMA MUHMMAD NAUFAL ELRAFIF..

Image
Secara rasmi Muhammad Naufal Elrafif dah masuk 1 bulan lebih, Tiada apa yang lebih membahagiakan mama dan papanya selain melihat anaknya membesar dengan sihat. Beratnye dah naik 4.4 kg. Ucapan Alhamdulillah atas kebahagiaan ini. So papa nk buat ckit Entry tentang Naufal ni yer!! INSAN BERNAMA MUHAMMAD NAUFAL ELRAFIF Kekadang hati resah menunggu masa-masa yang bakal indah saat kau lahir ke dunia saat papa berada bersama mama mendengar rintih jerih perih mama saat Naufal masih selesa dalam kantung mama selama hampir 9 bulan lamanya. Papa mahu lihat siapa Naufal Bagaimana Naufal? rupamu? gayamu? wajahmu? semua itu bermain diminda Adakah macam papa atau mama? Saat naufal sudah bersedia melihat dunia saat itu bukan mudah bagi mama papa jadi kekuatan mama saat itu hati papa yang tahu berhadapan dua nyawa yang papa tidak pasti bagaimana selepasnya? umpama isteri nelayan yang menunggu suami yang pulang dalam ombak badai ntah hidup ntah mati... Mulut papa tidak henti

YANG TERTINGGAL

Dunia yang ku rindukan tertinggal perlahan-lahan... dalam-dalam... pekat kaburnya. Saat kaki melangkah jauh ke depan, tidak lagi mengerling ke belakang rela tidak rela...ku tuju jua. Duniaku bukan dunia biasa, yang hanya boleh dirasa oleh pancaindera bernafas dengan nafas biasa, pandangan ku bukan pandangan yang biasa, terjah setiap makna bahasa yang bisa menusuk jiwa nurani hanya pada manusia sederhana. Tiada mengadu domba dunia yang terbina kerana aku yang memilihnya tiada minta kasih hanya bisa menumpang pada yang mengasihi. Hati ini kadangkala lara diusik oleh panaroma yang cuba menggetar jiwa, lalu panah itu menusuk lagi, terasa hingga ke tulang temulang. Aku terpimpin oleh jasa nenek moyang yang biasa mengekalkan kesempurnaan santun dalam peribadi Hati tidak pernah mati? Aku sedar aku tidak sekuat mana, namun kekuatan itu tetap ada, kerna itu aku berdiri atas kaki sendiri, tidak diajar menagih simpat. Dunia aku tertinggal perlahan -lahan.

SALAHKAH AKU??!!!!

Isu negara masih belum berhenti~ dari sehari ke sehari ia semakin lebat dari satu bab ke satu bab jalan penyelesaian semua buntu Eh!tolonglah apa masalahnya atau aku yang jadi punca bukan salah kamu yang merangka itu ini semua tidak kena Sudah 56 tahun semua bangsa sudah sama tapi kamu yang beria-ia semua salah aku rakyat biasa Aku bukan bangkang aku mahu hak aku tapi kamu boleh aku tidak boleh??? Apa itu kamu kata bantu aku?? itu kamu kata senangkan aku? itu kamu kata hak aku? Tak suka jangan buat tapi kamu juga yang buat... tak suka jangan telan tapi kamu juga yang telan... hanya kerana sebab aku mempertikai? kerana aku hanya mampu yang sederhana tapi kamu mewah kaya raya. Macam-macam kamu buat tapi salah aku juga kamu nampak apa sahaja kesenangan aku semua tak kena dimata kamu semua benda kamu nak rampas Bukan aku tidak tanya tapi kamu suruh aku tengok di luar apa yang ada diluar? jawapan kamu KEAMANAN!!! bukan kamu kata disini Aman? kamu jawa

Semboyan Keamanan...Untuk Mereka...

Gendang semakin kuat bertalu. guruh dilangit masih berdentum. hujan belum tentu boleh berhenti fenomena semakin ligat Aku dengar akan gegaran yang semakin kuat yang di dalam gua pun terasa Di dalam istana masih sunyi peti besi semakin berisi. Semboyan keamanan berbunyi lagi... kini bunyinya makin nyaring dilaungkan oleh pemimpin negara melaung didalam kereta mewah sambil memijak nasi-nasi mentah... Aku berada dibarisan kelima barisan tengah yang panjang menunggu giliran pemberian kerajaan pemberian sebuah kemanan... Kasihan mereka... aku golongan marhaen juga terasa apatah lagi golongan miskin hina tangisan minta belas tidak henti-henti aku tidak mampu menghulur tangan kerana aku sendiri tidak cukup rasa... Apalah dosa Apalah bala Hanya kerana mereka Kita dihimpit sengsara...

DADDY-TO-BE....

Image
Asyik dengan entry tentang kehidupan orang lain sehingga aku terlupa tentang kehidupan aku yang ntah esok lusa akan jadi bapak. Sengaja untuk membangkitkan rasa gemuruh yang baru terjadi saat aku sudah mula mencari barang kelengkapan untuk isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Pada ketika itu baru terasa debaran seolah aku sebenarnya tidak berpijak bumi yang nyata. aku bakal jadi seorang bapa??!! bunyi terasa lawak, namun lawak itu tak boleh diguna pakai dalam situasi aku sekarang ini. Persediaan harus ku susun rapi bagi memastikan kelahiran anak aku nanti tiada masalah. moga Allah permudahkan... Biasalah anak sulong..... macam-macam bermain dikepala, lantak apa orang nak kata, setiap manusia berbeza rasa dan cara, begitu juga aku yang sedang cuma mengalami situasi ini. macam-macam nasihat diterima, semuanya menyedarkan aku agar lebih bertanggungjawab. InsyaAllah segala berjalan dengan lancar. kesihatan aku akhir-akhir ini sedikit terganggu, baru sekejap tadi isteri terci

!@#$%%^&*()__+_@##$#@%^&&*(*&%^%^^&*(

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam... Sudah jengah hari khamis...ada banyak kerja namun tekanan kerja tidak sesesak isnin lalu. Saja mahu santai, sambil-sambil menulis apa yang patut. kejap-kejap otak menjadi tepu, fail dan laporan yang tak sudah masih bergelumang di atas meja. ahhh!! tinggal kejap lalu berjalan meninjau kawasan sekangkang kera kolej tempat kerjaku.. Macam biasa mata tak henti perhati setiap sudut gelagat pelajar lalu lalang dengan gaya trend K-Pop. aku hanya tersenyum... mata semakin liar mencari bahan. bahan untuk aku cipta watak dalam imaginasiku. ternyata semuanya sama sahaja. masih belum nampak belang mereka.. Hari ini agak lengang, tidak seperti semalam. Hati seperti mencari-cari sesuatu yang ada dekat-dekat sini namun gagal dijumpai. Keluar masuk aku ke kafe baru yang entah bila siap renovation. Tender baru sehari dua namun sudah ada rungutan harga...itu perkara biasa... Otak kembali ringan seakan PC yang baru sahaja di format. aku

HIDUP DISEBALIK GENRE....

Image
kadangkala manis itu jika dibiar lama akan berubah rasa, ombak pantai adakalanya bertukar badai, air yang tenang adakalanya berkocak. semua itu tertulis menggambarkan bahawa lukisan itu hidup, tambah menghidupkan lagi apabila manusia hidup dalam pelbagai genre kehidupan membawa bersama-sama alunan irama, adakalanya balada, adakalanya rock, dan ada juga irama asli tradisional. Dunia itu indah seindah ciptaan Allah yang maha esa. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari menikmati semua genre yang ada, namun jika kita hitung saat ini berapa banyak genre yang kita bawa untuk dimuatkan dalam album kehidupan kita, atau mungkin juga satu genre sahaja yang dimuatkan dalam album menjadikan kehidupan itu satu warna. Aku bukan percipta lagu atau komposer, bukan juga penulis lirik, atau penyanyi yang bersuara lunak, aku hanya penulis yang menulis berdasarkan plot kehidupan yang di dalamnya penuh tragedi, tragedi milik aku atau juga orang lain, ia bukan kisah rekaan yang terhasil dari

DIRGAHAYU BUMIKU TERCINTA...

Image
Dahulu bumi menangis atas noda manusia sehingga kini tangisan itu menjadi teriakan bumi luka parah atas kesilapan manusia, Manusia seperti lupa diri, tiada tuhan... tidak sesekali mereka mencari tidak pula mereka menyedari, Hati sudah jadi keras sekeras batu yang berada dalam teduhan jika dibaling luka parah parah yang membawa seribu resah Tiada lagi rasa kemanusiaan juga rasa keprihatinan apa salah mereka? apa dosa mereka? Negara islam luka berdarah teriakan tangisan meminta belas kita diluar hanya memandang semakin jauh sayup-sayup kedengaran akhirnya hilang.... Wahai teman seluruhnya!! islam harus diperjuangkan bukan dibiar berkembang dengan duduk dan bergelak ketawa!! Wahai teman!! mereka saudara kita! berilah harapan kepada mereka! agar mereka pula dapat membela kita! Namun itu hanya gema... gema dari dalam gua yang tiada siapa mendengar... jika terdengar angkat dua tangan katup telinga tutup erat-erat... Kita tidak henti lagi beraya...

INI DUNIA KU...(RAMADHAN SYAWAL)

Image
berada di pagi dhuha jumaat terakhir Ramadhan pandangan liar mencari-cari ilham jari menaip laju carian maklumat untuk dimuat dalam blog usangku Ramadhan syawal datang dan pergi pergi yang meninggalkan kenangan yang berbeza ianya mengikut usia aku masih di takok lama masih mencari-cari dunia sebenar dunia yang sebenarnya luas dengan pelbagai gejolak namun aku masih di dunia ku yang dikatakan aman dan makmur duniaku hanya berlaku keruntuhan moral yang mana itu bukanlah masalah besar dan tidak sesekali menggugat kehidupan duniaku disini kerana duniaku masih aman ramadhan dan syawal masih meriah makanan banyak disini semuanya cukup duniaku kaya dengan sumber... tapi aku masih ditakok lama kerana duniaku... aku tidak pernah sesekali keluar darinya mencari dunia lain dunia yang berbeza jauh dari dunia amanku aku sebenarnya berada dalam dunia yang penuh kelembutan yang semakin membuatkan aku lemah aku hanya dapat melihat kekuatan orang lain melalui kaca tel

SEMALAM HARI RAYA, HARI INI HARI RAYA, ESOK JUGA HARI RAYA..MUNGKIN TIADA LUSA....

hari ni dah masuk 22 Ramadhan saat ramai manusia menghitung masa menunggu ketibaan syawal wajah ceria dengan segala perancangan beraya lagu raya semakin rancak kedengaran di corong-corong radio, waktu itu tertinggal perlahan-lahan.... ketika kita.... kanak-kanak menyambut raya banyak karenahnya mercun berdentum sana-sini hilai ketawa tiada duka ketika kita.... di alam remaja beza caranya ceria terukir saat sambut raya baju ditempah ikut sepadan bergaya sakan dengan tersayang ketika kita... di asrama tidak kurang hebatnya hati sedih saat lagu raya berkumandang teringat ibu ayah tempah tiket seawal yang boleh agar tidak terlepas beraya dikampung ketika kita... mula bekerja menunggu pengumuman cuti dan bonus kereta dan baju raya semuanya lengkap almaklumlah duit sendiri. tiada apa yang kurang. ketika kita... berkahwin raya disambut dengan syukur terasa indah menyambut raya kekusutan muncul saat keputusan balik beraya balik rumah mertua dengan muka men

INI BARANG BAIK!!!

sudah lama aku tidak mencurah idea pada blog usang ini..blog yang usang kerana aku hanya boleh menulis namun tidak pandai mewarnainya dengan theme2 yg menarik...jengah sahaja blog lain berwarna-warni, dan nampak lebih menarik minat yg lain untuk membaca, tapi Alhamdulillah walaupun tidak seindah namun aku masih boleh beritistiqamah menulis bait-bait kata disebalik kehidupan ku sebagai manusia biasa, dan Istiqamah ini membawa aku kepada niat berkongsi dan mendedahkan apa dan siapa kita sebagai manusia...mungkin boleh diambil pengajaran. hari ini sudah berada di 9 Ramadhan 1434H dan telah masuk hampir 3 tahun aku memegang jawatan sebagai pegawai khidmat pelajar. suka dan duka bersama anak muda seusia adik-adikku menjadikan aku lebih matang. kritik itu perkara biasa, kerana manusia tidak lari daripada suka kritik, dan kritik itu sebenarnya motivasi untuk bangkit. sudah lama idea ini tidak diluahkan disini, kesibukan aku kadangkala membataskan aku untuk berpijak di bumi yang nyata, a

KAMU ITU ORANG SEMBAHYANG!!!

sembahyang itu wajib wajib kepada seluruh umat islam perintah daripada Allah berkurun berabad ia tidak pernah berubah aku juga tidak terlepas dari mengerjakannya bukan untuk bermegah bukan untuk menunjuk kerana semua itu wajib siapa kata orang sembayang itu warak? siapa kata orang sembahyang itu alim? siapa kata mereka bijak? siapa kata mereka ahli syurga? aku juga kadangkala terlanjur aku juga kadangkala merepek aku juga kadangkala terpesong aku juga kadangkala tersesat namun aku percaya sembahyang itulah solat solat itu datangnya dari perintah suci Allah solat yang membawa kepada kesempurnaan manusia yang membawa kepada janji syurga Allah namun siapa kita sebagai manusia yang solat 5 waktu mahu menegur dan memalukan orang yang tidak solat dikhalayak ramai konon dia warak, solatnya sempurna, tiada cacat celanya, aku masih terlihat kebiadaban itu kepada manusia yang sembahyang, aku menyesali tindakan itu kerana aku juga wajib bersolat bukan aku sahaja t

AKU ANAK MALAYSIA

lagi cerita keji yang aku dengar wanita lagi menjadi mangsa semua negara sama sahaja hari wanita disambut atas kejayaan menjadi mangsa kerakusan lelaki keji semalam ada lagi cerita bapa rogol anak di India wanita dirogol dan dibogelkan kerana bercinta dengan lelaki asing lagi sekali cerita wanita jadi kepuasan nafsu adik beradik.. kisah itu semakin bertambah, politik juga yang nampak bermasalah pembangunan sana sini nilai sosial entah ke mana pergi aku sayang Malaysia kerana disitu ada keluargaku keluarga yang mengajar aku erti kasih sayang tidak sesekali benci dan dendam aku sayang malaysia sebab aku dibesarkan keluarga aku mengajar aku mengaji Al-quran dijunjung sembahyang di kerjakan itu sebenarnya kasih sayang orang sekarang sudah hilang nilai agama, masih mahu bangga ilmu inggerisnya, ilmu inggeris itulah sebenarnya penyumbang kehancuran mereka tidak percaya, aku dengar lagi, kali ini lebih hebat isu kalimah ALLAH dijaja sana sini, adakah mereka k

mata berdosa

serba tidak kene jadinya, fikiran terbayang dosa semalam hanya kerana mata yang sentisa dusta aku menjadi mangsa perasaan itu tidak boleh lawan bukanlah keji sangat tapi hanya kerana mata aku diseret dosa membawa kata-kata bersama pandangan mata itu berbisa sebisa mulut berkata-kata tiada yang baik belaka ada sahaja dendamnya, eh! dosa bukan perkara main-main tapi bukankah ia telah lama jadi bahan permainan seolah ianya kecil sekecil kotoran yang mampu hilang toleh lagi, lihat lama-lama kemudian berkata tidak senang duduknya jika mata dipejam mulut ditutup rapat boleh demam jadinya kerana ia sudah ada bersama hati yang hitam bilik mengaji waktu pagi dhuha bercermin mata berkemeja putih.