Laluan yang biasa dilalui manusia kadangkala lengang tanpa sebarang suara sumbang. Mungkin pada ketika itu manusia kembali kepada asas mereka. Namun dunia bukan kosong untuk membiarkan ianya hiasan.. Manusia bukan bodoh untuk memandang perhiasan tanpa nafsu dan kehendak. Tenungan pada isi dunia itulah yang mebuatkan manusia rakus.. Rakus pada nikmat yang Tuhan bagi pinjaman. Dan kerana rakus itu sejarah membawa cerita dari zaman ke zaman kerakusan manusia, Kerakusan memakan nafsu dan diri tidak mengira siapa Biarpun ia golongan Nabi golongan Diraja Pemimpin yang membangunkan negara, tidak terkecuali golongan marhaen.
Posts
Showing posts from 2012
BICARA HATI
- Get link
- X
- Other Apps
Tangan menari mengikut rentak irama, alunan lagu memberi 1001 inspirasi indah alunan gemalai menggerakkan jari atas papan kekunci dan alunan itu yang membawa aku jauh memahami hati kecil yang kini sudah dimiliki. Entah kenapa hati terasa sedikit gundah, seperti manusia yang ada rasa kehilangan dan sedikit rasa itu mungkin mengganggu hari petang dengan cuaca agak mendung menunggu hujan. huh! memang mendalam rasa itu biarpun tiada beza namun hati ini yang tahu...aku rasa sesuatu, sedih!! aku tidak dapat bohong pada hati... Alunan lagu berdendang pada mendung petang ianya terus berputar bersama detik waktu yang tidak mungkin kembali. Kehilangan itu adalah kenyataan namun pengganti itu pasti!!! Hari dan waktu sentiasa dalam perhitungan waktu pagi dan petang berputar belum sempat malam mendatang. ketawa sebentar sementara sedih menunggu peluang. dan kerana peluang itu manusia betukar rasa gembira dan sedih. Ianya biasa bagi manusia biasa. Aku berbicara soal hati sebenarnya...s
APA AKU KESAH VS APA NK KESAH...
- Get link
- X
- Other Apps
hahahahahaah!! bongok tol.... hahahahahuhuhuhuhihihihui Bongek la kau!! eh bongok nye..... Bongek tol r ko ni.... Dia! melewati zaman yang serba kacau bilau melatah itu penting! buat bahan ketawa dan mengusik bezanya cuma pada zaman Dia! sekarang ini latah berbaur lucah ada juga bunyi kotor namun ianya masih biasa juga boleh diterima secara hormat belum lagi masuk B**i belum lagi bunyi menganjing belum lagi bunyi Sex belum lagi kata Fitnah campak terus ke muka tengok apa rasa masih biasa??!! owh zaman ni apa aku kesah!!! Apa bezanya?!! jika luar nampak sopan belum tentu lagak sopan itu kehendaknya mungkin terpaksa... berjalan mungkin nampak ayu bila ketawa mak aiii tuhan sahaja yang tahu Kata Dia! tidak perlu takut dengan orang sekeliling tidak perlu toleh kanan toleh kiri Apa aku kesah! hak aku la nak kata apa nak buat apa mulut aku...kan Kita... geleng sahaja kepala pandang sahaja ke bawah ke atas buat tak tahu jangan dilayan manusia bodoh
SENYUM SENDIRI
- Get link
- X
- Other Apps
Sudah malam rupanya! hati seakan terkejut dengan waktu yang menginjak laju. baru sekejap tadi bersama dengan tunangku menghabiskan ruang waktu yang hanya ada seketika. Cuaca malam terasa dingin baru sebentar tadi berada dalam kereta membelah hujan lebat. Dingin semakin terasa selepas badan dicuci dengan air bersih. Selepas solat idea berputar-putar mencari tempat untuk diluahkan, Kosong! bukan pada waktu ini, hati ini terisi dengan kenangan yang baru tadi terukir, ternyata sukar untuk jauh dengannya, hati harus bersabar kerana masa itu bukan lama. ___________________________ fikir lagi ___________________________ Terasa kipas seperti menggeleng kearahku bagai tidak mahu melihat aku cergas lagi dihadapan skrin komputer. Tersenyum sendiri, apabila terasa semua indah dunia seakan dalam imiginasi liar, semua hidup walaupun dalam lukisan, ternyata ada penangan disebalik itu, hati ini tidak pernah goyah. mata berat badan menangguh letih simpan idea untuk esok
SUJUDKU
- Get link
- X
- Other Apps
S ejuk pagi ini terasa hingga ke tulang temulang, masa sentiasa berputar malam dan pagi, kokokan ayam memecah hening subuh, suara azan sayup-sayup kedengaran. A ku gagahkan jua jasad ini, menunaikan kewajipan yang sejak azali diwajibkan, mimpi tadi segera ku tamatkan, langkah lesu dan longlai. T erasa segar air sejuk membasahi pancaindera, aku bentangkan sejadah, menyarungkan kain suci dan songkok di kepala, masa bersama denganNYA, S UJUD ku hanya untuk MU ya ALLAH, ketenangan menyebut namaMU, mahu sahaja aku berada dipangkuanMU, kerana ku tahu disitu ada bahagia selamanya. D oaku panjang, terasa seperti manusia yang terlalu hina dihadapanNYA, mahu sahaja aku sujud selamanya, agar hapus dosa-dosa itu. I ngin sahaja ku bawa bersama, kerana ku percaya itu senjata, senjata melawan segala noda, noda dunia yang sentiasa menghasut A ku bersujud lagi, sujud dengan memohon keampunan, moga ianya sampai ke langit, di bawa malaikat dengan harapan, agar diter
SENI
- Get link
- X
- Other Apps
Seni itu luas seluas samudera yang terbentang luas lebih luas jika kita dapat menelusuri satu persatu dan akhirnya ia sebati dengan jiwa seni itu halus bukan ada pada semua hanya yang mendalami lalu mencintai membawanya bersama-sama. lalu ia mewarnai setiap sudut, ruang dan waktu seni itu cantik jika di lihat ia cantik lalu di sulam dengan kasih dan sayang maka terukir sebuah keindahan membentuk satu jalinan menarik perlahan-perlahan lalu menjadi sebuah ceritera seni itu indah jika di hias dengan kemanisan taburan wangian menjadi penambah lalu diterap dalam mimpi dan impian dan membenihkan sebuah santunan kata dan kiasan menghasilkan harapan seni itulah kehidupan kehidupan lahir dari seni jiwa membawanya memahami alam lalu mengenal diri... diri ini adalah seni seni mempertahankan kelebihan kesempurnaan yang dicipta Tuhan membezakan dari yang lain... seni itu hidup jika dibiarkan ianya hidup dalam sanubari bilik tidur (mata semakin berat menahan
PERJALANAN MENUJU KEBAHAGIAAN
- Get link
- X
- Other Apps
Menempuh perjalanan yang panjang aku tidak tahu dimana aku sekarang terasa aku tersalah jalan jalan yang luas terbentang aku mengesot kemudian merangkak lalu berdiri sesekali terjatuh, sakit! lalu aku kuatkan semangat kerana perjalanan yag panjang tidak mungkin berakhir dengan hanya merangkak.. cubaanku berjaya, aku berdiri walaupun longlai.. sedikit demi sedikit kakiku semakin kuat aku sudah dapat berlari, berlari mengejar cinta dan harapan... yang pasti aku hanya melalui jalan panjang yang masih belum nampak penamatnya.. aku berhenti rehat makan tidur semua disitu.. aku perlukan tenaga untuk menyambung perjalanan. esok belum tentu pasti... ternyata perjalanku penuh liku kiri kanan ada sahaja manusia lalu lalang aku juga tidak tahu kemana arah mereka mereka juga begitu.. ada yang jatuh tersungkur, ada juga menggelongsor ada juga bertempik, ada juga menangis terasa ianya seperti melemahkan semangatku aku semakin lemah.. kerana lemah itu aku ditertawa
KISAH SEMALAM (1)
- Get link
- X
- Other Apps
Tepat jam 10.30 mlm aku bergegas mengikut rakan ke suatu lokasi yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. aku terpaksa mengikut kehendak mereka dengan hati yang cukup berat walaupun aku berkeras menolak namun atas alasan mereka demi menyambut hari jadi rakanku aku akhirnya akur. sepanjang berada didalam kereta aku hanya diam, ketakutan semakin menyelubungi diri, pelbagai kemungkinan bermain di kepala dan rasa bersalah membuak-buak. aku pergi tanpa memberitahu keluarga, sekiranya mereka tahu perbuatanku pada ketika itu mungkin mereka sendiri tidak dapat menerima aku sebagai anak mereka.persoalan itu berputar-putar didalam kepala. jam ditangan menunjukkan jam 12.30 mlm, di sana malam seperti siang, kereta beratur panjang, manusia bertebaran dengan lagak dan gaya 'orang bandar', terasa berada di suatu tempat yang penuh dengan keseronokan. tidak sama dengan kampungku yang pada waktu itu sunyi sepi tatkala semuanya melayan mimpi indah. kereta yang ku naiki belum
TRUE FRIEND
- Get link
- X
- Other Apps
pengenalan bermula dengan minat, kemesraan bermula dengan gurauan keakraban terjadi saat memerlukan itulah TRUE FRIEND terdengar lagi suara gelak ketawa, waktu bersama mereka.. waktu bujang, single tanpa memikirkan sebarang komitmen cinta... masih tinggal lagi waktu itu sesekali ada juga masa susah hadir meragut kegembiraan syukur TRUE FRIEND ada memberi bantuan tiada perjanjian, tiada minta balas semuanya atas keikhlasan.. senyum lagi..senyum tanda kenangan itu masih ada... waktu ke mana sahaja tetap bersama ada sahaja celoteh. geli hati pengubat duka... saat usia berubah menginjak perlahan-lahan, terasa hati sepi mahukan seseorang untuk bermanja pergi kemana sahaja lihat merpati dua sejoli bermadu asmara.. ke kelas bersama...makan bersama...kemana-mana sahaja bersama... terasa ingin seperti mereka... Tuhan Maha Mengetahui... hati kecil ini sering inginkan kebahagiaan DIA kabulkan datang seorang bidadari mula bertapak di
CARILAH ARAH BERLARI...
- Get link
- X
- Other Apps
(kasihan akan diri yang sentiasa lemah kecundang lagi dengan hasutan hawa nafsu). aku masih disini masih bertapak di atas juang seorang diri... lihat atas..lihat bawah semuanya masih sama malah lebih buruk lagi bumi sukar bernafas umpama lelah hasil perbuatan manusia.. aku tidak dapat lari lari sana... ada... lari sini juga... ada dia ada dimana-mana dialah RAGAM! juga cabaran buat mereka!!! cabaran kadang kala membuahkan masalah ya!! masalah yang terhasil oleh empunya diri... ada senyum ada tangis ada juga bertempik!! menyalahkan orang lain.,, yang kecundang... lihat sahaja tindakan lanjutnya... yang berjaya lihat sahaja lagaknya... semua itu permainan atas dunia lagi sudah nampak belang belang tinggal belang yang tidak boleh dibawa mati... tunggu sahaja masa untuk semua berlari lintang pukang mencari orang yang dapat memberi belas pada ketika itu aku juga tidak dapat lari terima sahaja apa adanya... terima kenyataan bahawa itu amalan... waktu it
anggap sahaja ianya cabaran
- Get link
- X
- Other Apps
beban kerja mula terasa...awal pagi jam 9.15 pagi aku bergegas ke bilik mesyuarat kerana baru dapat mesej pada pukul 8.00 pagi tadi untuk menghadiri mesyuarat. dalam mesyuarat ada sahaja isu yang terpaksa ku berdepan dan banyak perubahan perlu dilakukan.. banyak juga yang ditegur tentang prosedur unit ku.... terasa seperti pekerja yang tidak produktif dan proaktif, salah penilaian ker atau salah kerja??? entah mana silapnya?? banyak lagi kerja yang perlu aku selesaikan daripada menghadap mesyuarat yang sama...hanya ada beberapa sahaja isu penting.\ itu lah mesyuarat.... so nak ke x nak aku harus ambil ia sebagai cabaran untuk aku mengorak langkah lebih jauh untuk bekerja disini...tak perlu hiraukan apa orang nak cakap... so motivasi sikit...sekarang rehat sekejap adalah masa untuk memBLOG...so lepas ni sambung mesyuarat jam 1.45 tghari...mau sampai waktu balik barulah bersurai x pon mau kene lajak masa sikit...terima je la... cerita bilik mesyuarat pejabat pentadbiran mesyuar
disini insan...
- Get link
- X
- Other Apps
lama sudah tidak menjengah blog lapok ini..baru terasa rindu menulis bait-bait cinta yang hanya boleh berkongsi dengan manusia yang mempunyai jiwa sama dengannya... sedikit puisi yang ku ukirkan buat permulaan waktu untuk aku aktif semula..mungkin kurang sengatnya namun ada sedikit manisnya..he3... waktu dhuha menjelma lagi menghiasi pagi yang silih berganti ceritera indah berputar mengikut waktu saat manusia berada dalam hiruk pikuk kota aku kembali lagi... dengan semangat jantan yang tidak pernah mengubah isi.. aku masih Rahmat yang dulu.. Syawal datang lagi... Ramadhan berlalu pergi.. aku masih lagi dapat nikmat itu nikmat berpijak di bumi Allah ini... pagi ini ku ukirkan senyuman tanda rasa manis mula bekerja walau hati ini tetap sama namun ku gagahkan jua.. aku masih pencari cinta cinta kepada sesiapa yang mencinta cinta ramadhan..cinta syawal moga cinta itu erat dalam sanubari pencinta sejati bilik kaunseling tingkat 5 bangunan SSI
pujuk hati yang geram!!!!!
- Get link
- X
- Other Apps
S emakin lama semakin biul jadinya~ entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku tidak dapat meletakkan manis waktu melakukan sesuatu kerja~ peluang masih belum menyebelahi aku yang duduk atas kerusi dan tempat yang sama namun masih tidak stabil posisinya...dan selagi itu aku sukar untuk merobah status gilaku apabila berhadapan dengan kerja hakiki...tatkala berkomunikasi dengan orang yang bongkak lagi sombong dan berbangga dengan ilmu dan pangkat yang hanya separas buku lali dan tidak sesekali menidakkan arahan yang diberi akhirnya aku yang menjadi mangsa. setiap hari fikiranku dilanda kekacauan..bagaimana untuk aku hentikan semua ini? bagaimana untuk aku mengelak dari berurusan dengan manusia bodoh sombong seperti mereka? mahu tidak mahu aku terpaksa...tidak lagi nampak tanda-tanda yang aku hanya sebentar di sini, entah kenapa kerja ikhlas yang kulakukan sering dipersoalkan dan akhirnya aku juga dipersalahkan kerana menjadi orang yang bertanggungjawab melakukan kerja mereka...arghhhh
mahu tak mahu!!!!!
- Get link
- X
- Other Apps
"Aku tak mahu yang itu..aku tak mahu yang ini...tapi yang ini macam best...yang itu pon ok...kusut!! semua benda ko nak yang mana yang ko betul-betul nak pun aku tak tahu!!" kadangkala kalau banyak benda yang cantik tapi bila hanya boleh pilih satu, adalah sukar bagi kita untuk membuat pilihan. kadangkala juga bila kita telah memilih, sampai sahaja dekat rumah kita terfikir tentang satu lagi, mungkin dirasa lebih cantek..."kalau pilih yang tadi mesti lagi ok"...telah timbul rasa kesal... Itu biasa berlaku kepada manusia yang tidak dapat lari dari kehendak yang kadangkala lebih dari keperluan~ Begitu juga kau!!! kau!!! kaulah!!! siapa lagi kau yang tengah baca entry aku ni!!! yer kau!!! dulu sebelum dapat sesuatu akan timbul rasa "kalau dapat itu pon aku dah bersyukur sangat-sangat tidak payah lebih-lebih"...tapi setelah dapat apa yang kau nak...kau akan rasa x cukup kan??!!ala x yah tipu la...aku tahu!!! sendiri mau i
BINGKISAN PAGI DHUHA
- Get link
- X
- Other Apps
Pandangan aku masih di jendela, idea seakan lambat untuk sampai ke kotak minda. Hari isnin permulaan hari bekerja bagi warga kota dan mungkin juga hari kejutan saraf otot kepala untuk kembali bekerja setelah ianya direhatkan untuk dua hari. Matahari pagi dhuha melampiaskan cahaya samar-samar masuk ke tulang tingkap. ketiadaan orang besar menghilang rasa kekusutan. kejap-kejap rasa itu menjadikan sedikit buas, namun tanggungjawab itu menutup segala kejahatan. Aku ketawa kecil... ketawa yang sentiasa ada penyambungnya aku percaya pada kelebihan waktu ini.. Ianya memberi harapan dan keyakinan pagi yang mana manusia mengatur segala-galanya bagi mempersiapkan segala kemungkinan Isnin yang tidak akan lenyap, begitulah putaran 360 darjah bumi pada paksi aku hanya membingkiskan coretan pembuka pagi isninku cahaya itu semakin membahang, tanda matahari semakin mencacak~ pagi dhuha bakal diganti waktu zohor~ dalam pejabat 9.30 pagi Isnin 2 april 2012 p/s : perut tengah kenyang m
berkejar masa
- Get link
- X
- Other Apps
"masa itu sering mencemburui kita" kata yang x putus2 aku dengar seawal aku dibangku sekolah. namun saat ini aku memahami makna setiap waktu yang aku lalui, sering tidak cukup masa segalanya berlaku dan berlalu dengan pantas, aku mengejar, mengejar dan mengejar lagi semakin aku kejar semakin jauh untuk menggapai, namun aku tidak dapat berhenti, mengejar bukan sekadar impian tetapi sebuah kedudukan. yang ku kejar itu tiada pemiliknya, walaupun seakan bodoh mengejar rugi... bodoh! bodoh! bodoh! aku marah?? tetapi kepada siapa?? kepada diri? aku semakin lemah.. ada yang tidak perlu mengejar hanya tunggu, tunggu dan tunggu, mereka gembira.. mungkin mereka bijak, bijak menunggu peluang aku hanya tersenyum dan kadangkala gagal. aku masih berkejar... kejar lagi dan lagi... masa terasa sempit... usia semakin meningkat, takut tiada masa selagi ada masa aku akan terus mengejar dan berkejar... * saat mata berat 3.15 petang bilik pejabat tingkat 3
kerja Hujan
- Get link
- X
- Other Apps
suhu berada pada takat beku saat mata tertumpu pada kaca tingkap mendung datang lagi, kini membawa bersama hujan waktu ini seakan mata mahu lelap tatkala perlumbaan berlaku diluar sana kerja hakiki menjadi bahan untuk tidak senang duduk mengejar dateline itulah manusia bekerjaya sana sini ada sahaja gayanya kadangkala tidak sempat menghitung saat lapar dan rehat tangan laju mencakar papan kekunci orang lalu lalang tidak dihirau apatah lagi mengenal mereka apabila penat lagu bayangan jadi peneman menghilangkan gusar, hilangkan tekanan.
untuk tahun yang sibuk
- Get link
- X
- Other Apps
hari ni telah masuk bulan yang ketiga untuk tahun 2012, dan hari ini juga aku mendapat peluang yang hanya seketika mencoret isi hati bersama pengalaman yang dirasa sebagai pembuka tahun 2012, sudah lama rasanya aku tinggalkan blog ini dek kerana kerja-kerja hakiki yang tidak putus2 membelenggu hidupku. itulah yang dikatakan dunia pekerjaan. aku terus mengorak langkah sebagai peneman buat anak muridku dikala berada dalam duka, kerana itulah tugasku, kadangkala aku perlu bertindak sebagai guru, ayah, abang, mahupun sahabat. bukan mudah untuk mendekatkan diri dengan pelajar2 ku yang pelbagai ragam. mungkin kerana mereka aku terus utuh disini selama hampir setahun setengah sedangkan pada mulanya aku menyimpan hasrat berundur diri dari profession menolong ini. bukan mudah juga untuk bertindak neutral tanpa menyebelahi mana2 pihak apatah lagi untuk menjadi orang yang disayangi. hari ni mood bekerja agak kurang, terasa penat dan berat kepala. ideaku yang padat membuatkan aku berhenti sek