Posts

Showing posts from 2011

LENGANG

Hari ini suasana agak sunyi dari yang biasa. ternyata ramai staf masih bercuti..aku bekerja seperti biasa. nasib baik ada teman2 yang lain. mata agak berat kerana malam kelmarin aku tidur lewat, ntah apa yang difikir, emosi itu membuatkan aku sedikit terkasar dengan tunangku. Sorry...hanya itu yang mampu aku taip pada skrin telefon bimbit untuk dihantar kepadanya. Aku terasa sukar untuk mendapatkan keyakinan dan kegembiraan. semakin peluang ada semakin terasa sukar untuk aku melangkah, Ya Allah ! kuatkan lah hati ini. bukakanlah jalan buatku... jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, banyak kerja yang harus aku bereskan. hal semalam masih sukar untuk hilang dlm ingatan sehingga terbawa ke dalam tidur.perihal duit yang tidak sudah2. Duit seperti air terjun yang mengalir deras. keperluan hanya keperluan dan membataskan kehendakku. aku menghitung hari depan. ntah apa akan jadi.

kerja ohh kerja!! (episod 3)

Hari jumaat berakhir. Alhamdulillah laporan yang harus aku sediakan untuk bos telah pun aku selesaikan. meja segera dikemas untuk aku pulang dengan kepala yang ringan. semoga dapat aku menikmati hujung minggu setelah sekian lama aku menghabiskan hujung minggu dengan bekerja. terfikir banyak perkara yang aku mahu lakukan..basuh kereta, melayani binatang peliharaan itam dan utih, berjalan dan macam-macam lagi. tett!!tett!! bunyi mesej masuk pada telefon bimbitku, tertera mesej dari tunangku pada skrin, " jgn lupe ahad ni janji U, I dah beli tiket untuk 2 orang, I tak sabar nak tengok Ombak Rindu ni" huh! cerita jiwang. dadaku mula berombak. apatah lagi apabila mengetahui aku terpaksa mengikutnya menonton Ombak Rindu, walaupun aku tahu cerita tu mendapat kutipan Box Office tapi ianya tidak bermakna boleh menarik aku mencintai kisah-kisah romantik.tapi kerana cinta aku gagahkan jua( wah! tiba-tiba aku jadi seperti Aaron aziz dalam ombak rindu.) " kring!!kring!!, "

kerja ohh!! kerja (makan pagi) episod 2

kringgggggg!!!!bunyi jam tepat pukul 6 pagi mengejutkan aku, baru sahaja enak menikmati mimpi,huh! mahu sahaja aku menyambung tidur namun dikejutkan lagi dengan suara mak menyuruh aku menunaikan solat subuh, kain tuala dicapai lalu aku terus menuju ke Bilik air. Alhamdulillah selesai sudah solat subuh, aku termenung seketika diatas tikar sejadah mengingatkan kembali mimpi tidurku, tersenyum aku dibuatnya, mimpi berada di tempat asing, aku sebagai orang lain, yang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana namun belajar dikawasan yang serupa penjara. Seram dibuatnya. jendela berubah warna cerah menandakan gelap subuh semakin berakhir, aku bersiap untuk ke tempat kerja. Enjin kereta di hidupkan, aku meletakkan beg di tempat duduk belakang, kereta mula bergerak perlahan, terasa pagi begitu sunyi melalui jalan kampung Manjoi, aku mencapai tumb drive yang mengandungi lagu yang telah ku himpunkan buat bekalan kebosanan ketika dalam perjalanan. kolej masih lengang, pelajar masih

kerja ohh!! kerja (part 1)

Image
K edengaran lagi bunyi itu, bunyi yang memberi rasa kurang enak pada deria pendengaranku, hilang rasa semangat yang ku niatkan seawal pagi sesudah subuh tadi. jauh disudut hati pilu menahan rasa geram. letihku tidak berbalas, penat lelah menanggung resah jawapan penantian yang membuahkan duka. "tidak kasihankah kepada kami bekerja siang dan malam untuk memajukan kamu, namun kamu juga mempergunakan kami atas kepentingan diri kamu sendiri!!! suara kasar muncul didalam hati, kepada siapa dapatku ku lepaskan rasa geram ini. hati sudah tidak dapat bertahan lagi hanya mengharapkan kesabaran, "sampai bila aku harus begini" suara itu muncul lagi, masa depan yang belum pasti. "bagaimana aku mahu berumahtangga? kerja tidak menentu. sibuknya pula mengalahkan YB, gaji tidak seberapa, " rasa kesal mendengus didalam hati.  Tok!tok!tok! bunyi ketukan pintu,  masuk! aku segera menekan butang minimize penulisan blogku, ternyata Zaid rakan baikku sudah tercegat di hadapan pin

sedikit coretan melepaskan geram pada diri...ternyata aku insan lemah...

Image
Temuduga semalam ternyata membuahkan kehampaan. Aku kehilangan teori dan apa yang telah ku pelajari semasa di Universiti dahulu nyata sia-sia kerana aku tidak gunakannya semasa aku bekerja. rasa marah dan geram bercampur-baur. memandangkan aku baru setahun jagung dalam bidang ini namun aku dihantar untuk menghadiri temuduga ini bagi memperoleh malu dan nampak diri seakan bodoh. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasa ini tidak dapat di tahan lagi. tapi Alhamdulillah aku ada rakan yang memahami dan kesabaranku menjadi tunjang untuk aku mengorak langkah dengan lebih bijak. mungkin ini semua dugaan agar aku menjadi lebih berhati-hati. esok aku akan mendaki gunung bersama beberapa orang pelajar. moga esok dapat memberikan ketenangan disebalik kehijauan Alam yang akan ku teroka dan memberikan aku inspirasi agar merancang hidup dengan lebih sempurna. mungkin aku seorang yang mudah tertekan dengan keadaan, namun sebagai orang yang harus bijak mengawalnya aku harus mampu menilai setiap t

tangan menari lagi...tarian jalanan....

Image
hari tidak selalu cerah...aku menghitung masa dan waktu menunggu sesuatu yang aku sendiri tidak pasti... ada sahaja yang berlegar-legar di benak hati..fikiran melayang terbang, aku terasa seakan bodoh...memikirkan sesuatu yang kadangkala mengganggu jadual harianku... cinta... terlalu dalam untuk aku menyelami rasa itu.. selalu sahaja tewas pada sebuah mainan kehidupan... dia seakan datang dan pergi...ada kalanya sepi... mata merenung jauh..cari-cari perihal diri untuk aku mampu menggapai sebuah cinta abadi... kerjaya.. sesak nafas...buntu fikiran...hati kacau bilau..semudah itu aku mencapai kerunsingan... terasa ada sahaja yang mempertikaikan cara ku yang agak lembap bekerja.. banyak pula yang dipersoal...kepakaran ku hilang dalam samar.. ada juga mata yang melihat tajam, tanda mencari kelemahan... ceritera terindah.. hanya dia yang bertakhta...ilangkan rasa gundah... sudah dua malam aku bersamanya bercerita tentang kehidupan kadangkala aku terlupa bahawa dia masih a

mesti teruskan...

pagi melampiaskan cahaya dhuha, hiruk pikuk jalan raya tidak pernah surut saat manusia bergegas ke tempat kerja. Motosikal ku meluncur laju, mengejar masa yang tinggal beberapa minit sebelum catatan waktu  bertukar merah. kalau lambat terpaksalah mengadap bos memberi alasan. sesampainya aku di pejabat, nafas panjang dilepaskan tanda lega, aku sampai tepat jam 8.30 pagi. seperti biasa di meja kaunter pejabat terletak surat khabar yang baru sampai, aku mencapai dan membelek isu-isu hari ini satu persatu.  ternyata pelbagai isu membuatkan nafas mendengus kesal. pembuangan bayi lagi! rungutan tercelah dari mulutku... teringat pada kerja-kerja yang masih belum selesai di bilik pejabatku di tingkat 3, aku terus meletakkan semula surat khabar dan terus naik ke bilikku menggunakan lif. hati terasa gundah gulana seakan ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lihat diatas meja penuh dengan fail-fail yang masih belum sempurna. mata seakan berat dan sedikit bosan kerana setiap hari kerja ku tidak p

MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA...

sedalam cinta yang cuba kita ukirkan, namun kadangkala ia terasa sesak..akhirnya kegembiraan itu menggagalkan kita memperoleh cinta yang luhur... sedalam budi yang luhur yang kita tonjolkan kadangkala memberi inspirasi kepada manusia lain mengambil kesempatan sehingga kita bertukar keji... sedalam erti persahabatan kadangkala membuatkan kita rakus mengecewakan perasaan orang lain sehingga hilang kesucian erti sebenar... sedalam penerokaan idea yang dirasakan bernas namun kadangkala sukar diterima mereka yang hanya pandai bermain kata-kata... sedalam niat suci untuk membantu mereka yang memerlukan namun kadangkala ia disambut dengan rasa curiga dan benci... sedalam kefahaman tentang erti kehidupan kadangkala menjadikan kita bingung memahami isi alam... siapa kita untuk menentukan sesuatu. fikiran ini yang membuatkan aku kadangkala bingung, apatah lagi diri ini sentiasa berada di dalam ketidaksempurnaan. pelbagai ragam yang mencetuskan ketidakpuasan hati, emosi bercelaru, fikiran

ADA YANG MASAM ADA YANG MANIS...bese r idup!!!

Image
M asa mula2 kenal dunia…hidup hanya untuk main…duduk di rumah masa dihabiskan depan tv, makan, dan main…bila dah berakal sikit dah pandai cari kawan…duduk depan rumah tgk ramai budak2 main kat luar masa tu mula nak berkawan…hidup kosong…tak pernah fikir nak buat apa2…24 jam adalah masa kat rumah…kalo sabtu dan ahad ayah ngan mak bawak jalan2…bila usia naik 5 tahun…dah mula kene hantar ke sekolah tadika. masa tu nangis takut nak pergi sekolah. mak ayah yang bagus siap tunggu anak sampai habis kelas. setahun dua berlalu, naik pulak sekolah rendah…dulu masa sekolah rendah, malas nak belajar…pagi di sekolah x pernah faham apa cikgu ajar..otak ke lain  fikir nak main…petang pergi mengaji ilmu akhirat, otak menjalar fikir bila nak habis kelas…bila sampai petang main x ingat dunia... senja baru balik… B ila naik darjah enam…otak fikir camner nak naik tingkatan…rasa takut sebab semua kawan sekolah rendah akan hilang…bila naik tingkatan satu  mula kenal kawan-kawan baru…mula2 semangat belaja

ketuk hati...x tertahan lagi....

Image
A ku seperti tidak kenal lagi diri ini, terasa jauh terpesong dari landasan aku sebagai seorang kaunselor hanya kerana aku nampak muram....kata-katanya cukup pedih walaupun bg sesetengah orang menganggapnya sebagai gurauan....semakin hari aku semakin tidak selesa berada disini,...sikap pegawai atasan yang tidak profesional menjadikan aku semakin payah menerima tugasanku sebagai seorang kaunselor. kenapa aku jadi begini? soalan itu seringkali mengganggu benakku. aku seakan tidak terdaya menanggung dugaan dengan berhadapan kerenah mulut perempuan dan pengkritik yang hanya tahu menyalahkan orang. adakah layak untuk aku sebagai seorang kauselor untuk membenci manusia yang seringakali membuatkan aku mual. setiap hari jam 5.30 sering dihitung agar aku cepat-cepat meninggalkan bebanan telinga mendengar desas desus mulut durjana. kononnya mereka hebat, apalah daya aku menidakkan semua hanya kerana aku masih setahun jagung disini. semakin bodoh jadinya.  ada sahaj yang tidak kena., s

sayang ke akhirnya...

Image
sayang itu membuatkan hati sentiasa dekat walaupun jarak itu kadangkala menjauhkan kita. kerana itu masa sering dihitung untuk sayang itu berbunga dan menyatukan hati yang semakin lama terpendam. Aku mengira masa dan duit. mencari-cari peluang yang ada agar aku dapat memujuk sayang menerima diri ini sebagai manusia yang sah dalam hidupnya. fikiran melayang memikirkan masa depan yang masih belum utuh dan perancangan yang mampu tidak untuk aku gapai demi mengabdikan diri menjadi peneman hidup buat dirinya. kadangkala fikiran ini bercelaru entah kenapa. ada sahaja rintangan yang datang saat aku lakukan demi sayang ini. ku panjatkan doa agar aku bertemu jodoh dengan insan yang aku sayangi selama ini.  "demi kasih yang abang berikan buat sayang kadangkala tidak sempurna namun percayalah bahawa sayang ini tidak pernah kosong. abang bukan lah manusia yang sempurna dari paras rupa, agama senipis kulit bawang, ilmu serendah buku lali, namun hadirnya sayang membawa kesempurnaan dalam hid

hari yang mendung

Image
                               sejak semalam hari mendung, semendung mataku yang tidak dapat berhubung dengan fikiran, badan terasa lemah. Entah bila dapat aku berehat puas tanpa memikirkan apa-apa tentang kerja. tugasku seharian kadangkala memberi satu ancaman kepada kesihatan dan kegembiraan. Nasib baik hari ini bos keluar meeting. terasa badan tidak selesa berada di pejabat. suasana yang sunyi kerana ramai pensyarah yang sedang bercuti, inilah masa bagi mereka untuk bercuti sepuas-puasnya kerana apabila waktu pembelajaran kuliah bermula mereka tidak lagi dapat kesempatan untuk bercuti. aku semakin tidak faham mengapa kerja aku semakin bertimbun, teringat novel yang pernah aku baca "blues Amni, Oh! Kerja" seolah-olah aku berada dalam watak Amni hanya bezanya dia wanita dan aku lelaki, mungkin aku boleh menghasilkan novel bagi menceritakan pengalaman kerjaku, arghh! tiba-tiba fikiran mula melayang. Baru sahaja panggilan dari pihak travel konsultan memintaku untuk dat

RENUNGAN PARA PASANGAN

Image
" Pernikahan menyingkap tabir rahsia, isteri yang dinikahi, tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah, justeru isteri hanyalah, wanita akhir zaman, yang punya cita-cita menjadi solehah, pernikahan ataupun perkahwinan, mengajar tentang kewajipan bersama. menginsafkan tentang perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha, kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana, justeru kita akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w pun bukanlah Saidina Ali Karamallah Wajhah cuma kita, suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh,"

AKU BERLARI DAN TERUSKAN BERNYANYI...

kenapa terasa waktu semakin pendek, seolah-olah semuanya harus dikejar. jadual harian seolah tidak berfungsi saat semuanya hilang aturan. jika siang aku sibuk dengan kerja-kerja pejabat namun malam pula mengambil masa mendidik anak bangsa, jika ada masa terluang, bersama teman-teman bergelak ketawa. mata ini sentiasa letih, tunggu semuanya berakhir dapatlah mata ini rehat untuk menghadapi esok yang belum pasti. gelak paksa sering menyembunyikan keletihan dan kadangkala ianya seperti dapat berkongsi dengan yang lain. bila lagi mahu aku berlari dengan nada bernyanyi kegembiraan seperti dahulu. teringat ketika zaman aku belajar semuanya indah walaupun kadangkala merasai sedikit keperitan namun tidak sama dengan sekarang, biasalah kehidupan ini penuh warna warni dan ada juga warna mendung di mana-mana. masalah datang dan pergi, aku tetap aku yang harus menerimanya sebagai pencetus kepada kehidupan yang dikurniakan ALLAH buat insan pelupa.

BULAN INI....SAKIT!!!

Image
Hah! sudah tengahari, aku terkejut melihat masa berlalu begitu pantas, baru sahaja aku keluar sarapan pada pukul 9 pagi tadi. huhhh! aku mendengus panjang, duit! duit! baru sahaja aku mendermakan RM150 untuk tukar bateri kereta, nampaknya bulan ni aku terpaksa berjimat cermat. Aku terpaksa menghadapi dugaan dalam perbelanjaan, lihat sahajalah berapa banyak yang perlu aku gunakan bagi menampung segala kos perbelanjaan dengan hanya menggunakan duit gaji untuk bulan ini.  baiki laptop rosak:                       RM 450.00  bulanan kereta MyVi SE              RM 600.00  tukar bateri kereta :                      RM 150.00  bil tunggakan Astro:                     RM 150.00  bil handfon:                                  RM 150.00  bil broadband:                              RM    68.00  duit mak ayah                              RM 200.00                 JUMLAH                                     RM 1768.00 jika ditolak dengan duit gaji yang tidak seberapa, untuk bulan ini aku

monday blues!!!

Image
Aku dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu, suara ibuku nyaring mengejutkan aku untuk bersolat, ibuku cukup prihatin bab-bab solat ni,mungkin sebab itu aku dididik untuk takut meninggalkan solat. Jam tangan diatas meja menunjukkan jam 6.30 pagi, aku bangun penuh longlai mencapai tuala yang tersangkut di kerusi. sesudah solat subuh, aku bersandar dikatil, pagi terasa masih awal untuk bersiap ke tempat kerja, hermm! hari ini hati terasa tidak selesa memikirkan hal yang berlaku pada hari sabtu lalu. ak mencapai novel Blues Amni"OH! kerja" yang ku beli sewaktu lepak dengan kawan hari tu.  Aku menghabiskan satu bab, ceritanya membuatkan aku ketawa kecil dan fikiran terbang melupakan segala masalah.Aku pastikan hanya satu bab sahaja yang sempat ku baca, kalo lebih nanti terlewat pula pergi kerja. Jam ditangan menunjukkan pukul 7.30 pagi, aku terus bersiap mengenakan baju kemeja putih iaitu baju rasmi hari isnin, terasa macam budak sekolah pulak. aku berada didepan cermin me

cahaya menyinar lagi...

Image
Pagi sudah mula hangat. Matahari dhuha tersenyum melahirkan rasa kesyukuran dan penuh Rahmat. Segar matahari dhuha memancar bangunan Kolej. Hilai tawa dan suara-suara hafalan nota bergema di setiap sudut rehat. Pelajar-pelajar menungu masa untuk ke medan peperiksaan. Tidak sedikit pun terpancar wajah cemas,mungkin mereka sudah bersedia. Hati seakan tidak mahu berada disini, cuti yang lama membuatkan aku sedikit rasa malas lalu jari bergerak pantas menekan butang papan kekunci komputer, beberapa komen dari kawan-kawan telah ku baca, itulah rutin harian yang sering kulakukan apabila ada masa senggang, setelah itu aku meneroka halaman jawatan kosong, terasa ingin memohon jawatan di tempat lain. kerana semakin hari, hati ku terasa gundah gulana, seakan ada sesuatu musibah yang akan berlaku. Perasaan ini telah wujud semenjak aku berada di arena ini.  teringat akan kata-kata sahabat yang menegur tentang rambutku yang ditumbuhi uban, itu tandanya aku banyak berfikir."Apa yang aku fik

CORETAN PAGI

Image
Pagi ini cuaca agak baik, seperti biasa aku akan bergegas ke tempat kerja agar tidak lewat. segala sarapan yang disediakan oleh seorang ibu setia telah sedia ku jamah, hari ini aku tidak membawa motosikal sebaliknya mood memutuskan untuk aku menaiki kereta ke ofis. Dalam pemanduan yang agak tenang sambil radio Hot FM ke udara mendengar celoteh AG membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku sampai di pintu ofis terus saja " tumb print " dikala masa menunjukkan pukul 8.28 pagi, huh! nasib tidak lewat. terus aku melangkah ke bilik pejabatku, ada kerja yang perlu dibereskan. aku merebahkan diri di dada kerusi empuk~ komputer terus di "on" kan. Aku melihat ke luar jendela, terasa hari ini agak sunyi dan kebiasaannya situasi begini akan dirasai apabila semua " staf "sudah pulang dari kerja, kerana aku sering pulang lewat bagi menyelesaikan pekerjaan yang tidak pernah susut. Minggu ini kerja ku agak perlahan dan tidak tergesa-gesa mungkin kerana minggu ni pelajar be

keseorangan mencari inspirasi..ada cerita...

Image
Esok seperti biasa hari kembali sibuk, kebiasaannya malam ini aku akan berehat agar esok isninku menjadi lebih ceria untuk memulakan kerja, namun entah kenapa malam ini terasa seakan mahu bersendiri, aku biasanya akan bersendiri kalau perlukan inspirasi untuk menulis, tapi semenjak berada dalam dunia pekerjaan ini masa tu jarang memberi kesempatan untuk aku berkarya, sebaliknya aku bergelumang dengan tekanan dan kesibukan. seperti biasa untuk memudahkan aku mendapatkan internet secara percuma, aku akan berada di Mcd sehingga pagi sambil melihat gelagat pelbagai ragam manusia. sedang asyik melayan makan malam Mcchiken burger dan coffee teringat pula satu karya yang aku pernah tuliskan hasil daripada kisah benar seorang pelajarku, cerita yang telahku olah menjadi satu kisah analogi yang cukup bermakna bagiku, mungkin orang lain kurang memamahi isinya kerana ianya agak mendalam agar aku dapat merahsiakan jalan sebenar ceritanya. dan hari ini aku buka kembali plotnya untuk dikongsi dan di

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
saat dunia sesak bernafas kerana sikap rakus manusia  mencampakkan noda melontarkan dosa disana sini, agar ia beranak pinak, Ketika dihulur salam amanah, bumi ini tidak lagi bernafas lega menyambut kemanusiaan dengan jerit sakit dan luka parah. lelaki muda mereka jarang terpandang mata, yang ramai hanya pakcik-pakcik tua berwajah duka, perempuan-perempuan berwajah pilu dan anak-anak mereka bermata pedih sayu. semuanya memandang harap di mata kami yang basah berlinang. disana masih ramai lagi bangsaku menjadi korban, namun masih ramai juga bangsaku yang mampu memandang, disana juga ada bangsaku yang bersorak gembira, dimana dapat hati ini tenang, melihat semua permainan bangsa sendiri, bergelut dengan darah dan tangisan, di bumi jenin masih lagi belum reda. aku berfikir lagi menulusuri setiap saat pengorbanan mereka, melihat apa yang terjadi di bumi ini jauh berbeza dengan di sana, aku bersyukur namun tidak pula berbangga kerana aku percaya Allah itu maha Agung, mungkin kea

Di Ufuk Fajar karya Aminah Mokhtar

SURAT UNTUK NILAM sahabatu Nilam yang mulia. aku tahu hati kau ikhlas dan suci. kau orang sembahyang. aku rasa kau selalu ke masjid, dan inilah masjid yang paling hampir dengan tempat kerja kau. nama aku, Zulaikha Fitri, kau masih ingat? aku terhutang kepada kau pada kata-kata ini - hati-hatilah, dunia ini bnayk jerat. silap langkah, kita tidak berpeluang pulang. aku kemalangan ketika kesan Ecstacy masih belum hilag. aku tidak sedarkan diri. orang kata hidup aku bergantung pada mesin-mesin. setiap saat aku diseksa bayangan hukuman atas osa-dosa aku. ketiga-tiga anak yang ku jualkan kepada orang bukan islam menjerit-jerit minta diselamatkan. bagaimana mahu selamatkan mereka, nilam? aku tidak pernah tahu siapa yang mengambil anak aku. mereka gunakan nama samaran. mereka tidak mahu dihubungi selepas penjualan itu. masa itu aku fikir apa pentingnya hubungan itu, semuanya sudah aku jualkan dan aku mendapat keuntungan dengan melupakan semuanya. ketiga-tiga janin yang aku bunuh selalu da

perjalanan mencari cinta putus harapan ~

sekali lagi cinta itu sering membuatkan aku menjadi tidak waras~ melakukan sesuatu yang aku sendiri menyedari namun tidak pula mengambil langkah untuk berfikir 2 kali~ selesai solat maghrib, aku terbaring keletihan, kerja2 pejabat yg tidak pernah habis membuatkan aku mual. fikiran melayang memikirkan apa yang perlu ku lakukan.. jam ditangan menunjukkan tepat jam 8.00 malam. fikiran terbayangkan seorg insan yang tidak pernah luput dari hati...seakan rindu menerpa saat aku ditimpa fikiran yang bercelaru~ mungkinkah malam ini dapat aku bertemu dengannya? fikiran meronta2...jam masih awal lagi....bukan senang untuk ke tempatnya yang agak jauh dari rumahku~ mungkin mengambil masa berjam lamanya. namun tanpa fikir panjang ku bergegas siap dan pandu MYvi AFN berdesup membelah kesibukan malam~ sampai di tengah perjalanan aku menghubunginya untuk memberitahunya aku dalam perjalanan ke tempatnya~ mungkin ia akan memberi kejutan.. namun kejutan itu menguji diriku saat aku tidak dapat men

masihkah mereka ingat pada bala ALLAH satu ketika dahulu???

Image
Allah SWT menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. Setiap sesuatu yang diciptakannya pula berpasangan-pasangan. Ada langit, ada bumi. Ada siang, ada juga malam. Juga kejadian-kejadian lain yang menyaksikan hikmah yang tersembunyi disebaliknya adalah untuk saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan itu alam ini menjadi seimbang. Begitu juga dengan kejadian manusia. Sejarah penciptaan makhluk istimewa yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi ini dimulakan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Kemudian Allah SWT menciptakan pula pasangan bagi Adam AS yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaan ini ada dinyatakan dalam ayat 1 surah An-Nisa. Maksud firman Allah SWT: "Hai sekelian manusia , bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isteinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak." Maka jelaslah, sifat semula jadi alam ini adalah lelaki akan tertarik